Assalamualaikum buat semua
pembaca Blog IntaNberliaN
klik gambar untuk ke blog penulis
: WWW.JAAKECHIK.COM
Hari ini penulis (jaakechik)
dipilih untuk menulis apa sahaja di blog IntaNBerliaN. Kak Ina minta jaa tulis
mengenai blog jaa benornya a.k.a promote. namun jaa segan pulak nak citer apa
kelebihan blog sendiri… hewhewhew… makanya sebagai tanda terima kasih jaa buat
Kak Ina, jaa nak berkongsi resepi semudah
ABC dengan semua pembaca blog Kak Ina hari ni. jom amik pen. pakat-pakat salin
resepi ni meh.
Resepi
Ikan Masak Asam Pedas Tempoyak
Resepi
Asal : Jaakechik Corner
BAHAN-BAHAN (untuk 1/2kg ikan)
3
Bawang Puteh 5 sudu
Tempoyak
10
Bawang Merah 1 Bunga
Kantan
1
inci Lengkuas gula/garam/ajino
1
inci Kunyit
Daun Kesum
10
biji Cili Padi Air
asam jawa
1
inci Belacan 4 Asam Keping
CARA
NAK MASAK :-
Blender sume bahan-bahan kat atas
tu dengan segelas air (kecuali asam keping, bunga kantan dan daun kesum),
kemudian masukkan ke dalam periuk bersama ikan dan 3-4 gelas lagi air. Lepas tu
bubuh asam keping, bunga kantan dan daun kesum, pastu baru mula buka api. Sambil
itu, bubuh garam, gula dan ajino. biarkan menggelegak sekejap. bila ikan dah
masak. imbangkan rasa masam, masin dan pedasnya. kemudian boleh ler tutup api
dan hidangkan bersama nasi puteh. Mudahkan? selamat mencuba!
Tips hilangkan hanyir ikan :
Rendam ikan korang didalam air
bersama campuran cuka makan dan ramas ikan perlahan-lahan. korang boleh juga
guna air asam jawa/air basuhan beras/air asam limau, tapi apa jua caranya jaa
lebih suka guna cuka! Kesannya lebih cepat!
Tips pekatkan kuah asam pedas :
Incase kalau kuah korang tu cair
masa kat atas dapur, boleh ler cuba tips ini ya. korang blender jer 1-2 labu bawang besar dan buh dalam
kuah asam pedas korang tu. ingat, blender
bawang tau bukan labu, sape buh labu aku ketuk kepala nanti…kekekeke….
untuk
resepi-resepi lain anda boleh klik link dibawah ini :
** Padpet Ayam
** Padpet Belut
p/s :
jemput singgah ke blog penulis di WWW.JAAKECHIK.COM