Adik saya dah MEDICAL BOARD

Ujian kan u all.......... tak tahu apa yang rasa sekarang, terkedu sekejap dengan berita yang abah bagitahu saya sebentar.... Saya ringkas je la yer u all... kepala tiba2 jadi pening la plak....


Pada 26/11/2014 baru ni, abah saya ada pergi hospital untuk hadir mesyuarat Lembaga Kesihatan untuk adik saya... Perjumpaan tu dihadiri 3 orang panel, wakil adik saya dari PGA Pengkalan Hulu, adik saya, abah saya & isteri adik saya.... Perjumpaan tu hanya berlaku lebih kurang 5 minit je pun u all... Ahli panel just tanya macamana adik saya makan minum mandi... camgitu je pun... takda tanya benda yang beria pun.... Time ni jugak mereka takda bagitahu apa2 keputusan pun samada adik saya boleh kerja lagi or tak... so, kami ingatkan akan ada surat bakal meyusul yang diberitahu samada masih still MC or medical board or camne...

Nak dijadikan cerita, hari ni abah saya, adik saya & isteri adik saya ke hospital lagi sebab ada appoiment dengan doktor pakar.... Lepas tu abah saya terus mintak MC adik saya, tapi saya tak pasti abah saya mintak MC tu dengan sape... Orang tu cakap ADIK SAYA DAH TAK PERLU MC SEBAB DAH MEDICAL BOARD... TERKEJUTLA ABAH SAYA KAN... TERUS ABAH TANYA BILA ADIK SAYA MEDICAL BOARD... ORANG TU CAKAP PADA 26/11/2014 BARU NI.... kiranya masa perjumpaan yang abah saya kene pergi baru ni tu la... ingat ke time tu just tanya2 je... rupanya keputusan memang dah dibuat tapi abah tak diberitahu...

Itu kisah medical board adik saya... Untuk perjumpaan hari ni pulak, pasal result scan kepala adik saya tu... Adik saya buat rawatan di hospital kerajaan.. so, setiap kali appoiment, doktor memang sentiasa bertukarla kan.... bila sentiasa bertukar, maknanya pendapat doktor pun berlainan la kan.... Kalau awal2 kepala adik saya kemek dulu, doktor cakap kalau tak bedah lagi sekali pun takpa... takda effect apa2... tapi appoiment 2 3 bulan lepas, doktor cakap kene bedah pulak sebab kalau tak akan datang badan adik saya akan jadi makin lemah.... tapi perjumpaan hari ni, doktor cakap kalau takda masalah apa2, tak bedah pun takpa... result scan kepala bulan lepas akan keluar bulan 2 nanti pulak.. sebab result yang dapat hari ni tu bukan result yang doktor tu nak...

Yang adik saya ni, memang nak lah bedah masukkan tempurung plastik... Kos untuk bedah kali ni RM6000... ermmm abah kata nanti nak buat suratla... nak g mintak bantuan dekat mana2 NGO ke kan... sebab adik saya kan dah medical board.. isteri dia pulak tak kerja... tapi takpala... itu sekadar nak usaha kan... abah nak tolong adik saya... tapi kalau takda, abah guna duit abah la... Kadang2 sedih & sebak jugak bila ingat pengorbanan abah saya ni.... Nasib baiklah abah saya masih bekerja... tapi setahun je pun lagi lepas tu dah pencen...

Kami pernah bersembang sebelum ni kalau adik saya tak dapat kerja dah macamana nanti... Abah kata, "selagi abah ada, abah akan tolong anak2 abah... abah takkan biar anak2 abah... apa je yang berlaku lepas ni, kita redha je... semua yang berlaku adalah yang telah dirancang oleh Tuhan untuk nazren"... AllahuAkbar... saya stop sampai sini je lah u all... tak sanggup nak teruskan entry ni bila teringat akan kata2 & pengorbanan abah dekat anak2... walhal dia sendiri pun dah tua... tapi masih ambik berat pasal anak2 yang dah kawen ni...

KISAH ADIK SAYA DARI AWAL KEJADIAN HINGGA SEKARANG

"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"

{ 24 comments.. read them below or add one }

fazilzura fazilzura December 02, 2014
sebak baca even x pasti cerita sebtlnya..

berat mata memandang berat lg bahu memikul ..

anggap la awk dan fmily tgh diuji.. cz Allah swt sygkan uols..

cm zura pun kng ni tgh diuji , cume x mampu nk story kt blog , yg mne dtg tgk ms kt icu diorg tau le cmner keadaan zr.. dan sejk tu hidup bakal berubh.. memula mmg susah nk terima, smp kene minum air Yassin, now alhamdulillah redha dgn saba ..

ingtkan dlm diri , apa je dugaan yg dtg.. akan ada hikmah ..

ayah awk sgt kuat org nye, mne de ayah nk tgk anak2 dia susah.. syukurr dpt ayah cmtuh.
Ayu Zan Ayu Zan December 02, 2014
Huhu.. Pengorbanan abah kan.. Sentiasa nak yg terbaik utk anak.
Masya Masya December 02, 2014
sebak dibuatnya ... moga ina sekeluarga tabah.. dan ada dimurahkan rezeki buat adik ina.. ada NGO yang membantu ...
siti zawiah siti zawiah December 02, 2014
sabar ya kak..sebak baca entri akak..
Raihanah Ahmad Raihanah Ahmad December 02, 2014
semoga adik u sihat kembali.
CikSiti CikSiti December 02, 2014
Ya Allah..semoga dipermudahkan urusan,,
idzwa kamaruddin idzwa kamaruddin December 02, 2014
medical board tu makne dia ape ye?
Nora Karim Nora Karim December 02, 2014
Allahuakbar... sedihnya baca ni ina... pengorbanan ayah mmg begitu la ina... mmg tak mampu kita anak2 nak byr...

**maaf akak nak tanya... medical board tu macam mana? sorry akak tak faham...**
Sheila Salim Sheila Salim December 02, 2014
assalamualaikum kak intan..sebak sheila baca ni kak. semoga Allah permudahkan segala urusan akak sekeluarga. in shaa Allah. tabah hadapi dugaan ini ;(
ctfand ctfand December 02, 2014
Semoga tabah hadapi dugaan dan dipermudahkan segala urusan,,
NaZiRaH @ Ezyra NaZiRaH @ Ezyra December 02, 2014
Salam kak ina..ya Allah dugaan. Moga akak 1 keluarga tabah hadapi suma ni..moga isteri adik akak kuat hadapi ujian ni..Allah nk bagi pahala lebih kat isteri adik akak. Sbb tu dia di uji camni. Moga abah akak juga diberi kesihatan yg baik. Amin
Falsya Falsya December 02, 2014
Allahuakbar..berat dugaan buat ina sekeluarga..semoga Allah permudahkan urusan ina sefamily..

sebak falsya baca ayat2 yg terakhir tuh..kasih ayah smp ke syurga..;(
Mama Vogue Mama Vogue December 02, 2014
Semoga Ina & keluarga terus kuat demi adik Ina.

Dan semoga kesihatan dia bertambah baik.
Diana Rashid Diana Rashid December 02, 2014
besarnya pengorbanan seorang ayah..Mujur la ayah masih ada dan kerja kan??kalau saya tak tahu la nk bat cemana sebab ayah tak de.
ziezah.com ziezah.com December 02, 2014
kak.. walaupun jijah dalam medical tp xtau gak..apa maksud medical board tu yer..hehee

itulah kasih ayah sampai ke syurga even anak2 dah ada keluarga sendiri tp ayah tetap amik berat kat kita..

moga ada NGO yg dapat bantu adik akak.. moga berjalan dgn lancar..
syawalsimpsons syawalsimpsons December 03, 2014
ayat last dari abah ina tu buat sue sebak...bergenang air mata...ya allah terharu dengan kata2 abah ina tu..insyallah sama2 la kiter doa kan semua kembali seperti sedia kala....
AyueJean AJ AyueJean AJ December 03, 2014
Sebak AJ baca bait ayat terakhir tu kak....
Itulah pengorbanan seorang abah....
Semoga segalanya dipermudahkan....
ieza ashaari ieza ashaari December 03, 2014
Allah, smoga semuanya dipermudhkn. Ada hikmah di sebalik kejadian yg kte xtahu. Tabahkanlah hati kamu sekeluarga.
zazanizam zazanizam December 03, 2014
Allahuakhbar!
Smoga apa yg berlaku ada hikmahnya. In Shaa Allah. Pengorbanan ayah tetap dihati hingga hujung nyawa.
sal ya sal ya December 04, 2014
Kdg2 berurusan dgn org kerajaan ni pn ssh jgk. Nak ke swasta tu mahal sgt la plk. Ayah akak pn mcm tu ina. Selagi blh tlg anak2 dia tlg. Pengorbanan org tua ni x terbalas. Apa pun harap adik ina cpt sembuh. Ujian atasnya sbb Allah sygkan dia.
tifa anvar tifa anvar December 04, 2014
medical board ni mcm mana?? Ade x pihak pdrm akan bagi bntuan bulanan ke?? Bertahanlah nazren dngn ujian ni juga buat keluarga ina. Sebakknnyya...
Fiza Rahman Fiza Rahman December 04, 2014
Sebak plak baca. Smoga dipermudahkan semua urusan.
Sya Nadia Sya Nadia December 06, 2014
semoga dipermudah urusan akk sekeluarga..kesian adik akk.. untung juga family akk ada ayah yg memahami kesusahan anak2.. ada ayah yg tak peduli langsung.
QasehnyaRania QasehnyaRania December 08, 2014
semoga dipermudahkan hendakNya
aamiin ..