Gulai kari ayam tumis darat resepi mak saya yang menggoda nafsu makan..!!!

"Gulai kari ayam tumis darat resepi mak saya yang menggoda nafsu makan..!!!" Wah gitu tajuk entry.. hahhah.. Ini serius tau u all, anak saya sampai meratah, ipar saya pun cakap sedap, siap suruh isteri belajar masak macam ni. Resepi dia terlajak senang, rasa dia terlajak sedap!! Sesuai sangat kalau masak di bulan puasa, zas zas zas siap, cepat kekdahya. Tapi jangan sampai berbuka sebelum waktu sudahla yer.. ahhahah

Selama ni saya duk ingat mak saya masak gulai ni guna rempah Terengganu tau sebab rasa dia memang berbeza dari stail masakan yang kita masak dengan cara tumis rempah kari terlebih dahulu tu. Bila mak saya bagitahu guna rempah kari biasa, saya macam percaya tak percaya, tapi bila saya tengok mak saya masak, eh betulla, guna rempah kari ayam biasa. Sekarang ni kalau nak makan gulai ayam, masak stail tumis darat ni je mudah. Bau dia memang sungguh2 menggoda nafsu makan!! Kalau u all masak resepi ni, kalau makan bertambah, jangan salahkan saya tau.. hahahhah


U all patut try resepi ni, biar kita sama2 tambat perut suami dan perut anak, perut MIL ke ipar duai ke sedara mara ke, semualah u all tambat..  Baru balik kampung nanti, mulalah u all je kena masak dekat rumah mentua. hahaha. Ohya, kuah dia warna merah tau, bukan kuning macam biasa u all masak gulai kari ayam tu.


Saya buat resepi ni guna seekor ayam kampung saiz S. Sukatan saya tak reti nak bagitahu, saya jenis agak2 je bab2 sukatan ni. AYAM + BAHAN KISAR (bawang besar + bawang putih) + REMPAH KARI AYAM + AIR ASAM JAWA + AIR BELACAN = GAUL SEKATA.

Suka hati u all lah nak gaul guna senduk ke guna tangan ke, saya guna tangan, barulah lagi ummppp, kata nak tambat perut suami kan... hahhhaha.. air tangan isteri tercinta atau ibu tersayang jangan dilupakan.. wakkakakka

                                 

Dah siap gaul, U ALL MASAK LA ATAS DAPUR, BEBERAPA MINIT LEPAS TU, MASUKKAN AIR, TAK PAYAH BANYAK SANGAT, SAYA LETAK LEBIH KURANG 2 MANGKUK MACAM DALAM GAMBAR TU. Di part ni, kalau u all nak masak bagi air kering (orang Terengganu panggil mati air) pun boleh. Senang, lepas mati air, u all simpan, balik kerja terus masukkan santan. Buka puasa berlaukkan gulai ayam sedap ni haaa. Siapa cakap u all yang bekerja ni tak dapat masak sedap2 ketika berbuka kan???. AYAM DAH NAK MASAK, U ALL MASUKKAN SANTAN. 

                             

INI CARA TUMIS DARAT TAU, 4 SEKAWAN + CILI KISAR (cili kering direbus dan di kisar) = TUMIS. Ketika u all tumis ni, bau wangi tau.. TUMIS LEBIH KURANG 5 MINIT, LEPASTU MASUKKAN BAHAN YANG U ALL TUMIS DARAT TU PULA KE DALAM BEKAS GULAI AYAM TADI + GARAM. SIAP!!!

"Ya Allah, Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"


1 comment... add one now

timm bill timm bill May 27, 2017
ow, macam gulai ikan kering style cik timm punya pun tumis darat..hoho