Apa itu MEDICAL BOARD?

Ramai pulak yang tanya saya APA ITU MEDICAL BOARD.... Secara peribadinya, saya sendiri pun tak tahu apa itu medical board... perkataan tu pun saya baru dengar time adik saya sakit ni je pun... Sebelum2 tu mana saya pernah ambik tahu.... Saya pun memang mencari jugak maklumat pasal medical board ni, tapi tu la, duk google pun takda pulak maklumat pasal ni.... Tapi apa2 pun saya share lah jugak setakat yang saya tahu....

Medical board ni bahasa melayu dia bermaksud lembaga perubatan kan?... Akan ada satu lembaga perubatan ditubuhkan untuk tengok adik saya ni samada masih boleh terus bekerja atau pun tak... Kiranya kalau mereka tengok adik saya tak boleh kerja dah, mereka akan sokong untuk adik saya dibersarakan awal atas sebab masalah kesihatan (MEDICAL BOARD)... 


Kan saya ada bagitahu yang abah saya & adik saya kene hadiri perjumpaan lembaga perubatan pada 26/11/2014 baru ni.... yang kami ni duk ingat time tu baru nak tengok2 adik saya pastu baru mereka buat keputusan & kami akan diberitahu pasal keputusan tu samada melalui surat ke apa ke kan... Yela, dah ni first time bagi abah saya kene hadiri benda2 camni... so, abah bukannya tahu sangat pasal medical board ni kan.... tapi alih2 pada 02/12/2014 ketika abah saya ke hospital lagi & nak mintak MC adik saya, tetiba orang dekat hospital tu cakap adik saya dah tak perlu MC lagi dah sebab dah medical board... Aikkk, terkejutlah abah saya kan... rupa2nya ketika perjumpaan tu, adik saya memang dah medical board... Memang macam tu ke ek?... Kalau nak gtau seseorang yang dia dah kene medical board, just dapat surat macam atas tu je ek? Surat atas tu memang dah membawa maksud adik saya dah medical board ek?... bukan surat tu bermaksud nak suruh wakil adik saya ni hadir dulu perjumpaan, mereka tengok2 keadaan adik saya pastu baru mereka buat keputusan & akan bagitahu kemudian samada kena medical board or tak @ kene bersara awal atas masalah kesihatan or tak?.... Kalau ada antara u all yang tahu pasal ni, komen dekat bawah yer... saya nak tahu jugak sebab saya memang tak paham sangat pasal medical board ni...


Mediacal board @ bersara atas sebab masalah kesihatan ni dibuat, setelah segala MC yang boleh diambik telah habis digunakan... Ohya, kalau kene medical board ni, mereka dapat pencen macam biasa jugak... cuma saya tak pasti berapa... dengar2 75% dari gaji kita... tapi tak pasti dari gaji pokok or gaji yang dah dicampur elaun... Adik saya ni bekhidmat tahun ni tahun ke 10 dalam PDRM... Kalau baru 10 tahun, pencen berapa lah sangat kan... Itu je lah yang saya tahu... U all yang tahu lebih lagi, komen dekat bawah ni yer... kalau cerita saya ni pun tersasar dari maksud dia yang sebenar, bagitahu saya jugak tau.... 

Nak jugak selitkan dekat sini, moga Adik ipar saya diberi ketabahan untuk hadapi dugaan ni.... Saya tahu kalau kita sebagai isteri yang tak bekerja ni, bila suami jadi macamni, dah tak bekerja, memang kita risau sangat.... Macam2 yang kita pikirkan... Cuma satu je doa saya, moga adik ipar saya kuat & sabar jaga adik saya... walaupun hakikatnya orang yang melihat hanya tahu berkata2... tapi yang menanggung hanya Tuhan yang tahu... Moga adik ipar saya sentiasa positif... Jika adik ipar saya jaga adik saya @ suami dia dengan baik, InsyaAllah besar ganjaran yang sedang menanti.... Suami tu dah jadi "syurga" kita....

"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"

{ 29 comments.. read them below or add one }

eima eima December 04, 2014
ape yg boleh aku cakap .... Call JPA Bhg. Pencen utk keterangan lebih lanjut ....

mak aku pun medical board ... time tu aku br berusia 4-5 tahun .... dan tak de kes ni kat tmpt kerja sekrg ni bantu pun tak leh ...
Dhiera nadhirah Dhiera nadhirah December 04, 2014
syafakallah untuk adik ipar awak.
kalau dia seorang yang menjadi tunjang keluarga memang terasa beban di bahu.

maaf, saya pun tak familiar dengan medical board ni
Z@i Z@mR33 Z@i Z@mR33 December 04, 2014
Br faham sbb ada sorang kakak kt tmpt keja ni br ja medical board 2 minggu lps sbb sakit saraf
syawalsimpsons syawalsimpsons December 04, 2014
sue kat opis pon banyak uruskan hal2 medical board utk persaraan ni
Nurulizwa Binti Kamaruddin Nurulizwa Binti Kamaruddin December 04, 2014
saya tak tahu sangat psl medical board nie
Ibu Lala Ibu Lala December 04, 2014
Akk pun x tau sgt psl mb ni.
Nora Karim Nora Karim December 04, 2014
Ooo faham la kot... kesian pula kat adik ipar ina... moga dia tabah, redha dan sabar... mujur juga dia tak bekerja... sekurang2nya dia boleh menjaga adik ina sepenuh masa... moga Allah permudahkan urusan adik & ipar ina ni... sedihnya... :(
nuyui a.k.a miss YUI nuyui a.k.a miss YUI December 04, 2014
moga keluarga akk tbh dgn dugaan ini..

CikSiti CikSiti December 04, 2014
kesian sangat..kalau memerlukan bantuan bagitaulah kami yer..tak banyak pun mungkin sikit boleh membantu..

betul kata eima, kena direct call JPA tanya.saya ada cek website, macam banyak juga document yg perlu. tanya juga Ex-gratia, mana tau kot boleh dapat apa-apa pampasan.
siti zawiah siti zawiah December 04, 2014
semoga adik ipar akak tabah..
Fiza Rahman Fiza Rahman December 04, 2014
Ok...dah faham sket. Smoga adik ipar ina tu tabah.
ziezah.com ziezah.com December 04, 2014
tu la bersyukurnya keje gov.. even sakit begini pon masih lagi di tanggung kerajaan.. kira walaupon dah medical board atas sebab2 kesihatan sekurangnya tak di bentikan kerja..betul kan begitu..walaupun dapat pencen tu sikit tp skurang2nya ada juga duit utk menampung perbelanjaan sikit2..

moga kak ina dan family tabah yer
Puan Kutu Puan Kutu December 05, 2014
sy walaupun keja gomen tak berapa tahu sgt pasal benda ni ina
Sya Nadia Sya Nadia December 06, 2014
ni 1st time sya dgr medical board ni.. tp adik sya hari tu pun kena juga medical board ni..cuma dia kerja swsta, tak ada jumpa2 pun. diorg call aje..suruh letak jawatan mcm tu. ikutkan adik tu boleh kerja lagi, tapi dia sakit hati, dia berhenti je..
tifa anvar tifa anvar December 06, 2014
thanks ina buat ntri ni. Walau bkn bnyk sedikit pun oklah kan, bolehlah ringkn masaalah kewangan.
lynndamya lynndamya December 08, 2014
Salam, owh baru sy tahu wujud benda ni ya? tp khas utk org yg kerja kerajaan je lah kan..okay lah tu, ade juga peruntukan utk mereka yg mcm ni...alhamdulillah...dan harap adik ipar akak tabah jaga 'syurganya' itu..insyaAllah :)
QasehnyaRania QasehnyaRania December 08, 2014
smga adik ipar ina terus tabah dan bersabar dgn dugaan Allah ini. pasti ada hikmahnya..
Maria Firdz Maria Firdz December 09, 2014
Suami sy pun tersenarai dlm medical board ni...mmg ada appoitment dan rekod kesihatan..yg buatkan dia boleh dapat pelepasan tertntu..
AnonymousAnonymous May 01, 2015
Adik sakit ape ye?
AnonymousAnonymous July 28, 2015
maaf ada sapa2 boleh bg maklumat x pasal pencen medical board ni tolong whatssap sya ketty 0124415312
AnonymousAnonymous January 06, 2016
Saya cuti sakit berpanjangan sehingga majikan mohon untuk dapatkan keputusan lembaga perubatan. Keputusan persidangan mwdical board mengatakan saya masih boleh bekerja seperti biasa tetapi proSes pemulihan dari 3 pembedahan yang memakan masa. Setelah 8 bulan dari tarikh akhir saya dibedah, Saya masih belum pulih maka saya ambil keputusan bersara pilihan atas sebab kesihatan. Sebulan je sumber manusia dah luluskan persaraan
AhmadAhmad January 15, 2016
Sakit apa
AhmadAhmad January 15, 2016
Saya nak kal cik
Nuwair Syakira Nuwair Syakira March 22, 2016
Boleh x terangkn sikit pasal medical boaRd ni..
Fairose Sidik Fairose Sidik May 30, 2016
assalamualaikum...sy juga baru jer medical board akhir bulan 3 lalu..kebetulan juga pula sy juga anggota polis pasukan gerakan am..jawapan sy pd panel sy katakan masih boleh bekerja lg..cuma xde mc ..skrg ni sedang menghabiskan cuti2 yg ada..sy juga sedang menunggu pembedahan yg akan dtg pd 6/6 ni dan juga akhir tahun ni atau awal thn dpn..sy mc bermula pd bulan 3 2014 sehingga sekarang..sesiapa nk berkongsi pandangan dgn sy boleh la wasap sy 0197538845
Kereta Hijau Kereta Hijau February 12, 2017
Medical box diwujudkan sbb ambil cuti berpanjangan melalui mc yang disahkan doktor pakar. Kelebihan dan kekurangan.
1. Ada akan dapat sekaligus bayaran ganjaran perkhidmatan dan cuti rehat.
2. Pencen di beri bermula tarikh berpencen , biasanya ambil masa 5 hingga 6 bulan tarikh keluar laporan medical box.
2. Dlm tempoh 5 hingga 6 bulan di bayar gaji penuh kecuali elaun COlA
3. Mendapat semua faedah mcm orang bersara . Kenaikan tahunan dan juga penyelarasan pencen.
4. Bersara kerana kesihatan berbeza dgn pilihan kerana pencen dibayar pada tarikh di bersara bukan umur 56 tahun. Persara pilihan walaupun umur 42 tetap kena tunggu umur 56 baru dpt pencen.
5. Persiapan awal jika tidak mampu bayar pinjaman bank dan loan kerana prosedur insuran mengikut kontrak perjanjian. Tengok situasi anda.
laila fashla laila fashla February 20, 2017
SALAM...
SIAPA ADER CONTOH SURAT PERMOHONAN MEDICAL BOARD BOLEH X EMAIL KEPADA SY
laila7321@gmail.com
Unknown Unknown February 20, 2017
Pencen medical bord setahun naik 2% je kalu x cukup 10 tahun berhikmat dpt la dlm rm200 tiap2 tahun mana ada dpt bonus pn...kalu berhikmat 10 tahun bru layak dpt separuh gaji...
Jemari Ibu Jemari Ibu August 03, 2017
kiranya medical board ni dikeluarkn oleh majikan la ye.. bukan dipohon oleh individu tu ye..