Memuatkan ...

Khamis, 23 Mei 2013

Perkhabaran gembira dari readers blog saya (",)

Alhamdulillah.. syukur pada Tuhan.. sungguh saya tak sangka.. bermula dari suka2 nak menulis blog.. segala tips yang saya lakukan.. semua saya coret kat sini... Tak sangka jugak, ramai yang "berjaya" selepas ikut tips or petua saya tu.. ada yang ikut pasal tips nak didik anak melalui cara psikologi, ada yang follow petua.. ada yang follow resepi... TAPI yang paling buat saya eppy bila ada hamba Allah yang dah BERJAYA MENGANDUNG  selepas follow tips yang saya share (",)

Semua tu adalah  rezeki kan... (",) Segala tips or petua yang saya tulis, tak kira berkaitan apa pun, semuanya melalui pengalaman saya sendiri... Bukan apa, bila pengalaman sendiri ni, lebih seronok untuk kita share.. Ala2 macam kita ni jadi testimoni la plak.. hehee

Btw, TAHNIAH untuk mereka yang dah mengandung tu (",)

tekan SINI untuk perkongsian bersama

Alisha & kamera


Bergaya tak Alisha ambik gambar?? hehhe...  Ni la Alisha... suke benor pakai spek mata hitam dia tu.. hihii.. Kamera saya yang rosak tu, dah jadi milik Alisha tau.. Duk ambik gambo je la kojenya.. Bagi saya Alisha ni pandai ambik gambar tau... Kalau suruh ambik gambar kita, elok je ambik muka kita.. kiranya takdalah dia ambik gambar fokus kat kaki ke tangan ke... (",)

Ohya, u all nak tau tak, sejak kamera ni jadi milik Alisha, dah banyak kali kamera ni jatuh tau.. seriau je saya tengok.. tapi redha je la... asal boleh ambik gambar sudah.. walaupun gambar tu jadi belang2... Lagi satu plak, Alisha ni, takleh duk jauh dengan kamera dia... bakal blogger la katakan.. gambar makanan pun dia ambik... muahahahaaaa.. betoi2 tiru ibu dia ni (",)

tekan SINI untuk perkongsian bersama

Rabu, 22 Mei 2013

Kami dah kembali (",)

Alhamdulillah semalam kami dah selamat sampai ke Sungai Petani... Saya nak up entry hari ni pun malas... bukan pe u all.. kesihatan kurang mengizinkan... Saya, Alisha & Aqilah diserang selesema & batuk... K la u all.. tak leh nak tengok blog lama2 ni.. kepala tengah sakit lagi.. Tapi kan, saya nak jugak tempek sekeping gambar saya dengan Alisha & Aqilah... Sorry tau jika gambar kurang memuaskan.. kamera baru, tak reti pulak saya nak setting... tak habis lagi nak "belajar" ni.. hahhah



Ohya, saya nak ucapkan TERIMA KASIH dekat u all.. Walaupun seminggu saya "tiada" di blog, tapi u all sudi jugak singgah dekat blog saya ni... Sampai 300++ komen, dalam tempoh seminggu ketiadaan saya yang saya kene baca.. Alhamdulillah jugak, UV tetap jugak dapat maintain dengan 4 angka.. (",)


Hadiah yang saya janjikan untuk TOP KOMENTAR BULAN FEBRUARI hari tu, saya dah beli tau... Nanti saya update lagi yer.. Tunggu esok or lusa.. 

tekan SINI untuk perkongsian bersama

Selasa, 21 Mei 2013

Coklat dari Mekah


Jiran sebelah umah mak saya dekat Chemor, hari tu ada g buah umrah tau... Balik dari sana, macam2 la dia bagi termasuklah coklat...  Selama ni orang bagi, saya jarang makan sebab manis, tapi yang ni... Ya Allah, sedap sungguh rasa... memang pandailah jiran mak saya ni pilih coklat.. hihii.. Lain dari yang pernah saya jumpa kalau orang bagi time balik dari Mekah (",)

tekan SINI untuk perkongsian bersama

Solid Food yang Aqilah dah makan

Actually dah lama saya nak buat entry ni, tapi tu la, mood merundum bila kamera rosak.. tu yang baru update.. hihii.. Nak catat kat sini, solid food yang Aqilah dah makan... Tapi tarikh dia makan semua solid food ni saya dah lupa.. (",)


Puri ubi kentang + buah kurma (rebus ubi kentang & kurma = blend)


Puri ubi kentang + kurma ni, Aqilah suka makan.. maybe sebab rasa manis2 buah kurma kot (",)


Aqilah pun dah start makan puri buah tau.. ni puri buah epal (rebus epal = blend = tapis)


Puri epal ni pun Aqilah suka.. tak dan saya nak suap, dia dah nganga mulut.. (",)


Selain dari puri epal, Aqilah pun dah makan puri buah pelam (buah pelam = blend)


Puri pelam lagilah Aqilah suka. sedap tu.. manis! (^_^)


Yang ni pulak, saya try bagi moi.. (nasi + sayur bayam + ikan = masak sampai jadi moi @ bubur = blend)


Yang ni Aqilah kurang suka siap menyembur lagi time makan.. Eh jap, kalau tak silap saya, nasi @ karbohidrat, kita boleh bagi baby makan masa umur 7 bulan ke atas kan? Ke saya silap ek.. bukan pe, saya try bagi moi sebab nurse suruh, kalau ikut nurse, nak suruh bagi yang bijik2 tu, takyah blend... ni pun saya try je bagi.. tapi Aqilah tak nak makan sangat.. takpala, tunggu cukup 7 bulan la baru saya bagi moi.. nak kene serasikan dulu dengan sistem dalam badan Aqilah ni...

Ohya, setakat ni, sepanjang Aqilah makan solid food, Aqilah tak pernah sembelit.. semuanya ok.. takda masalah apa2.. naik ruam pun takda, buang air besar pun tetap jugak hari2.. Alhamdulillah (",)

tekan SINI untuk perkongsian bersama
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...