Agar-agar cermin berkastard

Tak pastilah saya nak panggil ianya agar2 atau puding, sebab saya sendiri tak tahu apa beza agar2 & puding... hahhah... Kalau ikut saya ketika saya duduk di Terengganu dulu, semua saya panggil agar2 tapi dah duduk luar ni, ada puding & agar2... Saya pun kompius.. Kalau u all tahu macamana nak kenal pasti ianya agar2 atau puding, bagitahu saya yer...

InsyaAllah petang ni kami akan balik rumah MIL, so malam tadi saya buatlah AGAR-AGAR CERMIN BERKASTARD ni haa, konon nak bawak balik rumah MIL la kan... Sekali anak2 saya pakat tak boleh sabar... Last2 sebelum tidur, mereka makan jugak.. tak bagi kan kesian kot sampai termimpi2..


Pada mulanya, jumlah kuantiti kat atas ni, saya bagi untuk mereka berkongsi adik beradik, bila dah habis, mereka mintak lagi.. So, saya potongla lagi.. U all tahu tak, anak solehah Aqilah, makan second round dengan kuantiti dalam gambar atas ni sampai habis sorang dia.. Anak2 duk cakap "Sedaplah ibu masak".. "kenapa ibu pandai sangat masak ni".. "Cantiklah kuih ibu masak"... amboi anak2 saya.. kalau bab membodek, serah kat mereka! Tapi memang sedap pun u all, kalau u all penggemar kastard, pasti u all akan suka dengan rasa kastard dia tu....


CARA : AGAR-AGAR COLOURFUL : AGAR2 (saya guna 1/2 agar2 tali yang berat 25g) + AIR (1 LITER) = MASAK HINGGA AGAR2 LARUT... LEPASTU MASUKKAN GULA IKUT KEMANISAN YANG U ALL NAK.. DAH SIAP, ASINGKAN KEPADA BEBERAPA WARNA... BILA DAH KERAS, U ALL BOLEH POTONG IKUT BENTUK YANG U ALL SUKA (saya potong segiempat) LEPAS TU LETAK DALAM BEKAS.

AGAR-AGAR CUSTARD : AIR + AGAR2 (baki dari agar2 yang tadi dengan sukatan air yang sama) = MASAK HINGGA AGAR2 LARUT... LEPASTU MASUKKAN GULA IKUT KEMANISAN YANG U ALL NAK + BEBERAPA KETUL GULA BATU (tips untuk taknak bagi puding or agar2 berair)... BILA GULA HANCUR, MASUKKAN SUSU CAIR & KASTARD YANG DAH  DIBANCUH DENGAN AIR... BILA DAH SIAP, U ALL CURAH BANCUHAN TADI KE DALAM BEKAS YANG LETAK AGAR2 COLOURFUL TADI.. SIAP!!


"Ya Allah, Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku" 

{ 8 comments.. read them below or add one }

Farrah MF Farrah MF June 03, 2016
Cantiknya rupa paras agar-agar tu :)
nuyui a.k.a miss YUI nuyui a.k.a miss YUI June 03, 2016
cntik agar2 akk..sdp tgk..hihi
slmt berpuasa kak ina.
Siti Nurzafirah Siti Nurzafirah June 03, 2016
sedap ni.. nanti kena try buat...

cantik pulak tu,,,
Afif Rayyan Afif Rayyan June 06, 2016
Ganti dengan oreo pun sedap nie.. ehehe
Emarieys Emarieys June 08, 2016
kelantan pun panggil agar-agar.,,kalau puding yang ada macam kuah tu kot...
Nora Karim Nora Karim June 15, 2016
Sedapnya nampak la hai...
Siti Yang Menaip Siti Yang Menaip June 20, 2016
CT sukaaa gak.. any puding any jelly memang tibai !! sedapnya..
nini nini July 03, 2016
Cantik sgt...terliur kita dibuatnya