Setiap anak ada rezeki masing2...

Masa saya belum kahwin kan, bila berkumpul dengan kawan2, saya pernah cakap yang saya nak anak, paling kurang 4 orang... lagi ramai lagi bagus.. meriah time saya tua2 nanti.. dalam rumah penuh dengan cucu2  (^_^).. Tapi ada yang cakap, bila anak ramai susah sebab banyak nak pakai duit.. belanja makin meningkat.. beli susu, beli pampers, belanja sekolah & lain2 lagi..

Yap, saya akuinya... tapi, kita harus percaya, setiap orang ada rezeki masing2.. termasuk anak2 kita.. Saya taknak disebabkan pikir banyak belanja, nanti anak sorang je.. hihii.. sedangkan saya nak sebaliknya... (^_^).. Macam saya sekarang ni, alhamdulillah, walaupun saya tak bekerja.. hanya suami je yang tanggung belanja rumah & segalanya.. alhamdulillah.... ianya cukup untuk kami... (",)

Tuhan tu Maha Adil & pemurah.. Meh saya bagi contoh.. Macam saya, hanya suami je bekerja tapi saya dikurniakan anak sepandai Alisha.. di mana dia mampu mengurangkan belanja pampers dia.. sehari hanya sekeping.. di mana, ada antara suami isteri bekerja, anak masih lagi belum free diapers.. nampak tak, betapa adilnya.. Tuhan tahu, yang menanggung mencari nafkah hanya seorang, so, Tuhan kurangkan perbelanjaan apa yang boleh melalui Alisha yang dah free diapers (",)

Tuhan banyakkan jugak susu badan saya untuk diberi kepada Aqilah.. Belanja susu untuk anak saya dah jimat dekat sini.. 

Alhamdulillah jugak, walaupun saya tak bekerja, saya dapat jugak income berblog, walaupun tak banyak.. tapi alhamdulillah ada jugak.. (",) Selain tu, anak2 saya jugak banyak dapat barang2 dari kawan2 blog... tak kiralah dalam bentuk pakaian or wang or benda.. kiranya, Tuhan salurkan rezeki mereka melalui kawan2.. (",)

Itu saya cakap, sebenarnya kita tak payahlah nak pikir sangat bab2 takut tak cukup duit untuk anak2.. kadang2 tu, kita pun jadi hairan.. duit gaji tak sebanyak mana.. tapi duit tak pernah putus untuk beli apa2.. ada je jalan penyelesaian yang Tuhan bagi dekat kita.. yang penting, kita je perlu usaha.. kalau tanpa usaha, mana nak datangnya hasil.. (",)

So, kesimpulannya, jangan risau kalau nak beranak ramai.. Opstt... hihiii.. Tapi risau pasal sakit kene jahit la pulak.. hehhe (^_^)


Setiap anak ada rezeki masing2...

{ 48 comments.. read them below or add one }

- AZIE - - AZIE - January 09, 2013
anak2 nie rezeki dr Allah, bila mana diturunkan rezeki anak..pas2 ada rezeki lain yg diberikan sekali..
Masya Masya January 09, 2013
setuju sgt ina.... setiap anak ada rezekinya, doakan sy pulak yer....
Unknown Unknown January 09, 2013
betul tu ina..kdg2 terpikir gak gaji tak seberapa sbb dah potong mcm2 tp hujung2 bln tetap dpt beli brg2 untuk anak..ajaib kan kuasa tuhan..Dia dah atur sebaik-baiknye utk kita..

Unknown Unknown January 09, 2013
betul tu.. setiap anak ada rezeki msg2.. dan rezeki tu dtg dlm pelbagai bentuk.. yg kita sendiri x menyedarinya...
ayut ayut January 09, 2013
usaha lgkh pertama utk segalanya.. :)
mama lynn mama lynn January 09, 2013
ina, betul apa yg ina cakap tu. anak sy yg kecik tu mama dia ajar siang tak yak pakai pampers.. dia mmg tak suka pun pakai pampers waktu siang. kalau nak pakai pun masa nak jalan2 je. so far mmg dia menyusu badan. mmg x kuar duit susu formula. ya lah , suami sy bukanlah org senang. ni hikmah yang Dia bg utk kt kan. rezeki anak2
UniMeOw UniMeOw January 09, 2013
uni kalo bleh nak nak 10!!!

tp takot "benda-last-yg-kak-cakap-tu"....sob3....
nini nini January 09, 2013
betul kak, rezeki masing2 dah ada....=D
Ibu Lala Ibu Lala January 09, 2013
betul tu. setiap anak ada rezeki masing masing. rezeki bukan setakat wang ringgit, kesihatan yang baik, bahagia juga rezeki namanya...
Fiza Rahman Fiza Rahman January 09, 2013
Betul tu. Setiap anak ada rezeki masing2.
UmmiAbi UmmiAbi January 09, 2013
So true...
Setiap anak yang lahir telah tertulis rezeki untuknya..(^,^)
Give me 5 k'ina..ummi pun nak anak ramai...hehe
Shida Radzuan Shida Radzuan January 09, 2013
heheee..bagus akak open minded ^_^
QasehnyaRania QasehnyaRania January 09, 2013
as-salam..

a`aa betoi tu :D
alhamdulillah kan
CeqGu CeqGu January 09, 2013
huhuhu mmg nak anak ramai, tapi umur nak peknen tu hampir2 dah nak expired la pulak...cam no tu
Mimie Mimie January 09, 2013
setuju....setiap anak ada rezeki masing masing...xpyh la kite takut anak ramai duit pun tak cukup
haryati haryati January 09, 2013
betul tu ina, rezeki adalah urusan Allah, yang penting kita tak putus harap tuk mohon semoga dimurahkan rezeki setiap hari...
mcm ina, alhamdulillah, ada income tambahan dgn berblog kan...
Miss N™ Miss N™ January 09, 2013
betul tu kak..sejutu betul nur dengan entry ni...setiap anak ada rezekinya...itu janji ALLAH...!

N i e Z a N i e Z a January 09, 2013
aahh..betul tu..setiap anak rezeki nye lain2..

jgn risau..insyaAllah..ade rezeki anak tu nti kan..

tp bile pikir jahit tu..kdg2 seriau jerk nak ngandung lg..tp ade anak ramai best...hehhee
nita nita January 09, 2013
betul,betul,betul (^_^)
azi azi January 09, 2013
Bagus cerita ni...akak suka..:)
Setiap apa yg terjadi ditentukan oleh Allah...rezeki, ajal, maut dan jodoh semuanya dibawah kekuasaannya.....hanya Dia yg. mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hambanya....

semoga terus bahagia dan gembira bersama keluarga tercinta...:)
ain'syaa ain'syaa January 09, 2013
betol2. rezeki ada dimana2. kita hanya perlu berusaha.
lama dah ain tak BW dekat sini.
rindu gila.
ehehe

jom try terjah a.k.a baca cerpen yang ain buat. ni cerpen yang pertama ain buat. baru je keluar dekat "penulisan2u"
hope sesiapa yang baca dapat bagi ulasan tentang apa yang dah dibaca. mungkin ada kesalahan dari segi penulisan. bagi la pendapat untuk ain perbaiki bagi cerpen yang akan datang.
doakan kejayaan ain for spm 2013.

http://www.penulisan2u.my/2013/01/cerpen-bubuei-milikmu-selamanya/
◕ D Y S H A  S A H H I R ◕ ◕ D Y S H A S A H H I R ◕ January 09, 2013
betul, xyah takut xda duit, sebab setiap insan ada rezekinya
kurus kurus January 09, 2013
ye setiap anak ada kelebihan dan ada rejekinya .. allah berikan kita akal dan fikiran utk merancang didalam kehidupan kita ..

berdoa itu perlu .. usaha sudah pasti ;))
aziazib aziazib January 09, 2013
sy pn klu boleh nak 4 org anak... klu lebih biarlah disebabkan twin.. hi3 berangan lebih..
Myra Jay Myra Jay January 09, 2013
Setuju dengan Ina..


Myra pun nampak macam adik myra sendiri, dia tak bekerja hanya suami dia je, anak dah 2orang, yg sulung bulang depan masuk 3tahun dah free drypers 2 bulan dah..
Betulkan, betapa indah perancangan Allah untuk kita; D
Unknown Unknown January 09, 2013
betul.. sgt setuju.. anak tu rezeki.. jgn rasa terbeban bila ada anak..inshaAllah ramai anak lagi murah rezeki kan..
nanieydotcom nanieydotcom January 09, 2013
suke kata kak ina yg last tu.. anak ramai xpe.. xkisah pun.. lagi ramai lagi meriah.. tpi tang jahit tu.............
Wanieys a.k.a IbuQalief Wanieys a.k.a IbuQalief January 09, 2013
betul tu setiap anak2 mmg dh ada rezeki2 masing2
Dayang Deno Dayang Deno January 09, 2013
lambat lagi deno nak dpt anak... hihi
Mrs Velentine Mrs Velentine January 09, 2013
betul...Mcm MV walaupun MV keja...MV dapat BF kan anak secra full juga
eita eita January 09, 2013
allah dah tetap kan rezeki untuk setiap anak2..

jadi xyah lah nak susah hati..
inshaa allah...
ecadwinkyasha ecadwinkyasha January 10, 2013
bila la nk dpt rezeki anak..numpang rezeki anak org lain je la yer.haha :D
sal ya sal ya January 10, 2013
yup... ank2 ada rezeki tersendiri yg Allah dh tentukan.
☾SHiemaCMa786☾ ☾SHiemaCMa786☾ January 10, 2013
salam kak ina.. hmm..terharu dgn perkongsian ni..
cma x rasa anak ramai tu mmbebankan ibu bapa..
apa yg cma takutkan, bila cma kurang perhatian dan kasih sayang..huhuhu...
Unknown Unknown January 10, 2013
betul tu kak.. anak tu rezeki.. Allah dah tetapkan rezeki kita dan anak2.. alhamdulilah :)
Shida Radzuan Shida Radzuan January 10, 2013
sebenarnya isteri blh je bntu suami dr rumah..tp kne la dgn cara dia baru btol..
mummyrinazone beauty mummyrinazone beauty January 11, 2013
kata seorang ustaz"boleh nak merancang dengan sebab nak jaga kesihatan diri atau nak menjaga anak yang sebelumnya dengan takut terabai"so boleh merancang.tapi kalau nak merancang sebab takutkan takder rezeki,perancangan kewangan merosot..susah ttg kewangan jatuh haram merancang..setiap anak mmg Allah turunkan rezeki..kita sebagai ibu bapa kena carik alternatif lain untuk menampung kewangan2..Allah selalu kan bagi petunjuk insyaallah
Cikrosecute Cikrosecute January 12, 2013
Yup!!! agree setuju sangat2...
Si Matatajam Si Matatajam January 12, 2013
Betoi tu...M tak risau bab rezeki dr Allah tp part jahit tu yg agak trauma lagi..
Puan Kutu Puan Kutu January 13, 2013
pasal duit tu perkara no dua.setiap anak mmg ada rezeki masing2...perkara utama sbb takde org nak jaga..nak antar pengasuh serik..tu yg tak mampu nak beranak ramai2..:)

dulu2 mmg angan2 nak anak 4org..skang ni klu dpt dua pun Alhamdulillah..setakat 3 boleh kot..pastu dh tua mls lg nak beranak.haha..
emma emma January 21, 2013
stuju sgt ngan kak ina, stiap ank ade rezekinye..
Unknown Unknown October 30, 2013
Assalamualaikum buat pemilik blog dan pembaca sekelian, di sini terdapat perbincangan berkaitan dengan 'Anak Ramai' oleh Prof. Madya Dr. Harlina Halizah Siraj. Semoga perkongsian ini bermanfaat
Semanis Kurma: Rezeki Anak Ramai - Dr. Harlina Halizah Siraj