Selama ni saya bagitahu u all yang alisha ni masih menjadikan bahasa German sebagai bahasa rasmi kan... Maksud saya bila cakap macam tu adalah sebab alisha masih lagi belum bercakap bahasa macam kita ni sepenuhnya.... kiranya walaupun alisha dah pandai cakap macam kita @ bina ayat, tapi dia duk guna lagi bahasa german tu, saya tetap mengatakan bahasa rasmi dia bahasa german... hihii.. Senang cakap, alisha dah pandai cakap tapi tidak sepenuhnya... (^_^)
Saya nak share dengan u all antara dialog alisha.. (",)
Setiap kali adik dia buang air besar
"Ibu, adik yak suk... uwekkk" @ "Ibu, adik berak busuk.. uwekkk".. Hahahha... alisha ni memang, asal adik berak je cakap uwekkk... hihii tapi, kalau dia berak pun dia cakap uwekkk gak.. hihii.. Eh, actually, apa je yang kotor, dia akan cakap uwekkk...
Setiap kali aqilah kentut
"Eh, adik tut lak" @ "Eh, adik kentut pulak"... hahha... Actually, bukan setakat adik yang kentut, siapa je yang kentut depan dia, pasti dia tegur... termasuk ibu dia... muahahahhah
Bila dengar bunyi motor abah dia
"Abah dah lik, jap" @ "Abah dah balik, kejap".. Alisha sebut sekejap tu sebabnya dia nak suruh abah dia tunggu sekejap sementara saya datang bukak pintu.. hihii
Bila Aqilah terjeluak
"Ibu, adik toh, pat.. sian" @ "Ibu, adik muntah, cepat.. kesian"... setiap kali adik dia terjeluak, dia lah paling kalut suruh ibu lap cepat2.. kadang2 tu, dia yang cepat2 pergi cari kain nak lap.. (",)