Alhamdulillah, saya masih dimurahkan rezeki untuk dapat CPUV @ BE untuk tahun 2013... Ini adalah BE yang kedua untuk tahun ni.. BE pertama di blog GA (WATSON DHC), manakalan di blog utama, Saya dapat BE ANMUM MATERNA PLANNING FOR PREGNANCY... Permulaan untuk earning ni RM1.92... Sekarang ni, 3 BE tengah running di blog utama saya ni... Alhamdulillah jugak sebab setiap BE running di 3 tempat berlainan.. BE SUNWAY EDUCATION APPLICATION DI HEADER, BE DIGI C4C DI SIDEBAR & BE ANMUM MATERNA PLANNING DI BAWAH ENTRY..
Ohya, untuk pengetahuan u all, jika BE u all running di bahagian yang berlainan.. ia ada kemungkinan untuk 1 BE mengumpul lebih banyak earning tau.... sebabnya, BE tu tamak haloba, dia nak tempat tu dia sengsorang... takleh kongsi dengan yang lain... hihiii.. Alaa senang cakap, tapak iklan tu, dia sorang je yang boleh guna.. Bila 1 tempat iklan, berkongsi dengan iklan yang lain, mulalah iklan tu berebut nak tunjuk kan wajah di blog u all.. hihii... sedangkan 2 ruang iklan lagi, takda BE... so, earning BE hanya ada pada 1 ruang iklan je... Eh, u all paham ke apa yang saya maksudkan ni yer... sekadar nak tambah ilmu u all, tapi tak tahu u all paham or tak.. (^_^)
Meh sini saya bagi contoh... Iklan ANMUM & DIGI, berada di ruang iklan yang sama, iaitu di sidebar.. So, ANMUM & DIGI ni, terpaksa bergilir2 nak tunjukkan wajah dekat blog u all.. So, earning untuk 1 BE terpaksalah bahagi 2... dengan kata lain, jika total earning sidebar RM10, setiap satu BE dapat RM5 TAPI JIKA MEREKA BERADA DI BERLAINAN RUANG IKLAN, tak ke earning makin bertambah, sebabnya.. setiap BE akan sentiasa tunjuk wajah.. so, andaikata BE sidebar RM10, BE di header or bawah entry RM10, tak ke 2 BE kita dah boleh dapat RM20 berbanding 1 ruang iklan ada 2 BE yang hanya boleh dapat RM10... (^_^)
Sepanjang seminggu tak berblog, UV paling tinggi saya boleh dapat 900++.. Tapi apabila saya dah start dengan buat entry, UV saya dah cecah 1000++... Apa pun, TERIMA KASIH SANGAT2 dekat u all yang sentiasa support saya... yang sentiasa bertanya jika saya tak update.. Sesungguhnya u all adalah rakan2 saya yang terbaik...!!