Pendapat kita sama Mama QS...


Yap, pendapat kita memang sama kak @ Mama QS... (Mama QS komen di entry sebelum ini)... Saya pun tak suka bila orang kata budak2 ni takda akal ke... budak2 ni kecik lagi tak tahu apa2... budak2 ni kecik lagi tak pandai lagi... Saya selalu dengar kata2 camni... tak kira ianya terkeluar dari mulut yang muda or yang tua.. semua ada... Saya senyum je la walau hakikatnya saya tak berapa setuju...

Sebagai contoh, orang2 ada yang terpikir buat apa beli buku dekat anak2 ketika usianya baby lagi.. meniarap pun tak pandai lagi...Yap.. secara mata kasarnya, kita nampak mereka tak pandai... kita bacakan buku cerita, dorang buat derkkk je... kita kenalkan nama2 anggota badan, dorang bukan boleh cakap balik pun apa yang kita ajar tu kan... 

Jangan sesekali pandang rendah dekat anak2 kita yer... diusia kecik hingga 3 tahun, sebanyak 80% nak mengembang tu u all.. neutron2 sedang mencari jalan untuk bersambung antara satu sama lain je time ni... kita ibu2 ni la yang patut bantu supaya ianya dapat bersambung... *Alaaa macam iklan susu Anmum tu.. sudu jatuh bawah kerusi, budak tu ambik besi berani untuk ambik sudu tu... nampak tak panjang tak panjanya akai dia.. (",)..

Macam Alisha, masa dia kecik, berialah saya duk cerita ni tangan ni kaki ni mulut.. kiranya kenalkan anggota badan la kan.. time tu tak boleh cakap pun lagi.. merangkak pun belum agaknya.. tapi bila dah boleh cakap, automatik dia dah tahu anggota badan dia... Ni contoh je la tau u all.. banyak lagi contoh2 lain tapi tu la, time nak tulis ni, otak duk terbayang2 nasi.. hidung duk terbau2 sambal belacan... tekak pulak duk rasa sedapnya kalau makan nasi ikan singgang cicah sambal belacan.. So, saya g makan dulu la yer.. hihii

Ya Allah Ya Tuhanku... Kau kuatkanlah semangat MOHAMAD NAZREN BIN AHMAD TAZARI untuk berusaha kembali pulih seperti sediakala.. kau ampunilah dosa beliau & seluruh hambaMu di muka bumi ini. Sesungguhnya hanya kepadaMu aku memohon.


{ 15 comments.. read them below or add one }

Deqla Manjew Deqla Manjew September 11, 2013
deqla pun setuju jugak dgn komen mama QS tu.. ;)
Wanieys a.k.a IbuQalief Wanieys a.k.a IbuQalief September 11, 2013
setuju kata2 mama qs tu..budak2 mmg dorang belajar n baru nak terokai akal bukan xder akal.Kita ni la yang dewasa kena tunjuk teladan yg baik.wani pn pernah dgr ramai dh dok ckp budak2 xder akal ni
Wanieys a.k.a IbuQalief Wanieys a.k.a IbuQalief September 11, 2013
kak ina wani xp lg belah sp nanti klu nk p wani roger2 nah...k.ina nak mai bln 12 ni nanti gau tau leh jumpa hikss
Ayu Zan Ayu Zan September 11, 2013
sbgai ibu just pantau je la kan kak.. jgn kata jangan-jangan..selalu dgr motivator kata gtu..
QasehnyaRania QasehnyaRania September 11, 2013
yap betul tu.
masak singgang ke tgh hari td... hihi
Joanna Yunus Joanna Yunus September 11, 2013
Hehehe.... nasib baik gambar akak cun perasan pulak akak....
Mama Adam Mama Adam September 11, 2013
saya rasa, anak saya cepat pickup sebab dari kecil dah expose macam-macam. rugi kalau anak tak diberi pendedahan awal
D Yatie D Yatie September 11, 2013
Betul tu. Sy pn sm. Beli buku sejak dia mula meniarap. Alhamdulillah skrg dia dh tau anggota badan at 1 yr 6 mth. N I'm proud.
Nora Karim Nora Karim September 12, 2013
betul... anak2 sebenarnya mula belajar sejak dari dapam perut ibu lagi... jangan ingat dia dalam perut kita dia tak dengar... kuasa Allah... bila ibu yang pregnant stress, baby dalam perut pun stress...! so mmg baby mula belajar dari dlm perut... Subhanallah...
Puan Kutu Puan Kutu September 12, 2013
setuju..sejak dari dlmperut lg kita dh rangsnag kan..baby ni sebenarnya faham.sejak baby sy dh bacakan aiman buku,pastu kan terkebil2 je muka dia.kadang dia buat tak layan je.masa dlm perut pun bacakan abg,bacakan adik sekali kan..

pasal anggota badan tu kan,budak yg tak pandai ckp lg pun..klu kita tanya mana tgn,kaki mulut semua pass je depa tunjuk..betul semuanya
Haryati Faizal Haryati Faizal September 12, 2013
setuju jugak ngan ina... sebenarnya akal dioarang ni cerdik...sgt cerdiklah.
Masya Masya September 12, 2013
pendedahan awal dgn anak² penting, lg satu kita kene ajar dia org bila berlaku kecemasan cthnya bila ada kebekaran ajar dia org menjerit.. menjerit sekuat hati mintak tlg ... dan ajar jugak nombor kecemasan yang boleh dihubungi
♥  Cmª shIemª ♥ ♥ Cmª shIemª ♥ September 12, 2013
Salam K.Ina..

huhu.. dulu selalu mindset mcm ni..tp sejak dah keluar dari kepompong tu.. lebih berfikiran positif & ckp benda2 positif kat anak2.. :)