Semalam Aqilah ni tengok Alisha makan buah kurma.. so, dia pun ambik jugak sebijik nak makan... Bila saya nampak, saya ambik dari tangan Aqilah sebab nak buang bijik kurma tu...
Sekali dia terus menangis & bangun pergi ke arah kerusi... Alahaiiii.. first time saya tengok dia merajuk sampai lari dari saya... Pastu saya panggil semula Aqilah ke arah saya..
Saya bagi semula kurma tu dekat dia.. baru dia diam.. & terus pergi bergaya tepi almari.. (",) Minat betoi dengan buah kurma... Hanya kerana sebijik kurma sampai merajuk lari dari saya... Ni lah anak2 saya u all.. dah didik dari dalam perut dengan buah kurma.. So, tiap2 hari 2 beradik ni makan kurma.. dah jadi macam snek dorang pulak.. (",) Tapi baguslah kan makan kurma.. nanti anak2 kita boleh jadi anak yang pandai.. InsyaAllah..
Ya Allah Ya Tuhanku... Kau kuatkanlah semangat MOHAMAD NAZREN BIN AHMAD TAZARI untuk berusaha kembali pulih seperti sediakala.. kau ampunilah dosa beliau & seluruh hambaMu di muka bumi ini. Sesungguhnya hanya kepadaMu aku memohon.