Katil di wad hospital ada maksud tersendiri

Saya baru tahu pasal ni minggu lepas tau.. Rupa2nya kedudukan katil @ pesakit dekat wad, ada maksud yang tersendiri... Katil yang duduk paling dekat dengan kaunter yang nurse ramai2 duduk tu adalah UNTUK PESAKIT YANG PALING "TERUK" LA DALAM WAD TU... yang memerlukan perhatian lebih...

Patutlah masa adik saya masuk wad selepas keluar ICU, katil adik saya paling dekat dengan nurse.. tapi makin lama, adik saya berpindah tempat makin jauh pulak dari nurse... makin hampir dengan pintu.. last2 terus keluar wad @ boleh balik rumah...

Sekarang ni baru terpikir, rupa2nya ketika adik saya ada dekat ICU tu pun, adik saya adalah orang yang paling teruk dalam ICU tu.. selepas dikuaratin sorang2 dalam bilik ICU, adik saya ditempatkan ramai2 dalam ICU tapi dekat jugak dengan meja nurse... Eh, tapi rasanya kalau ICU, setiap orang, ada misi @ nurse masing2 yang jaga kan... 

Ohya, sekarang ni adik saya masih lagi dalam wad & meja tetap jugak yang paling dekat dengan nurse...

Ya Allah Ya Tuhanku... Kau kuatkanlah semangat MOHAMAD NAZREN BIN AHMAD TAZARI untuk berusaha kembali pulih seperti sediakala.. kau ampunilah dosa beliau & seluruh hambaMu di muka bumi ini. Sesungguhnya hanya kepadaMu aku memohon.


{ 19 comments.. read them below or add one }

Ayu Zan Ayu Zan September 12, 2013
arwah abah dulu pun dekat depan meja nurse..
Mama Adam Mama Adam September 12, 2013
betul tu... senang nurse nak monitor. kalau dh kronik, nk minta bilik pun x boleh. takut pengsan sorang2, nnti xde yg perasan.

moga cepat sembuh hendaknya
wardah wardah September 12, 2013
Assalamualaikum..salam ziarah!! Jemput ziarah blog saya ;)
http://supplementforall.blogspot.com/
anitadiana anitadiana September 12, 2013
salam ina...

ohhhhhhh..baru kak ita tahu...
Wanieys a.k.a IbuQalief Wanieys a.k.a IbuQalief September 12, 2013
a'a katil yg plg dkt nurse mmg yg plg teruk sbb senang nurse nak pantau condition pesakit
Ema Johari Ema Johari September 12, 2013
oh mcm tu yer..lebih cepat utk nurse bertindakkan jika berlaku apa-apa...moga adik ina sembuh secepat yg mungkin
Haryati Faizal Haryati Faizal September 12, 2013
baru tau jugak...camtu rupanya...
Zira Aziz Zira Aziz September 12, 2013
oooo ye ke..xpnh tau pn..
Cik Nur™ Cik Nur™ September 12, 2013
ohh..baru tahu gak ni.. :)
nanieybarnieylurviey nanieybarnieylurviey September 13, 2013
Nampak tajuk entri tetiba seram. Teringat pengalaman bini cikgu duk bilik first class.. Kena kacau..
D Yatie D Yatie September 13, 2013
Semoga adik ina segera sembuh dan segala urusan keluarga dipermudahkan oleh Nya.
Putri Putri September 13, 2013
Salam...adik awak sakit ap? apapun saya doakan semoga adik awak.cepat sembuh
Masya Masya September 13, 2013
pasal katil wad ni saya pun baru tahu jugak .. walaupun sama tingkat itu sama penyakit .. tp kat kwsn hospital kami dia asing A,B,C dan D Kalau x silap A biasa B kritikal dan C pulak kaasan Operate dan D wad kelas pertama
Deqla Manjew Deqla Manjew September 17, 2013
deqla dah tau psl ni... sbb ada sedara yg keje nurse bgtau.. mmg pesakit yg kritikal tu yg paling dkt dgn dorang..so xdela amek masa lama nk jln kan..
Hati Ema Hati Ema September 18, 2013
saya pun baru tau masa jaga suami di hospital hari tu....
Tihara Tihara September 19, 2013
akak pun tau masa jaga mak kat sepital anak sedara yg eksiden baru2 ni..
moga adik ina cepat sembuh..insha Allah
Arra Ahmad Arra Ahmad October 03, 2013
ha a..memang macam tu susunannya..btw,adik sakit apa?