Semalam kami keluar pergi Tesco.. Alang2 tu terus saya singgah bahagian jual buku sebab nak cari buku untuk anak kawan saya.. Sekali si Alisha ni pulak yang hover excited nampak buku.."Bu.. bu.. yang tu bu.."... Kononnya nak bagitahu saya suruh beli buku untuk dia la tu... So, saya beli la 2 buah buku untuk dia menulis...
Masa dalam kereta dah nak tidur sangat dah tau u all... sekali bila my dear dah angkat dia masuk bilik, boleh pulak dia terjaga & cakap.."Ibu, buku mana?".. Saya cakaplah ada dekat luar... Terus dia berdezup bangun dari katil pergi cari buku dia tu dekat luar....
Dan2 waktu tu jugak cari pen nak tulis... Alahaii anak... walhal time tu dah lebih dari pukul 12 tengah malam pun... Ni kalau dah sekolah nanti tak tau la camne.. cikgu tak suruh buat lagi tapi dia dah buat dulu agaknya... hihii
Ya Allah Ya Tuhanku... Kau kuatkanlah semangat MOHAMAD NAZREN BIN AHMAD TAZARI untuk berusaha kembali pulih seperti sediakala.. kau ampunilah dosa beliau & seluruh hambaMu di muka bumi ini. Sesungguhnya hanya kepadaMu aku memohon.