Nak story kat u all... masa aqilah demam semalam, Aqilah kan guna cool
fever.. Tengah2 saya duk meriba Aqilah tu, Alisha sentuh lah cool fever
dekat dahi aqilah tu.. Aqilah apa lagi, terus menjerit seolah2 marahkan
kakak dia pegang cool fever dia tu.. Tapi tiba2 Alisha boleh pulak
terus tarik cool fever Aqilah tu sampai tercabut... dengan reaksi
spontan, Aqilah menjerit lagi kuat.. hahhah... Sian Alisha.. tak pasal2
kena 'marah' dengan Aqilah...
Betapa baiknya alisha ni, lepas adik dia menjerit, dia punya
explain dekat adik dia, dia cakap "Akak nak pegang je" (sambil dia
pegang cool fever dekat dahi aqilah yang saya dah tampal semula).. bukan
setakat dekat adik dia.. dekat saya pun dia explain... alahaiiii.. sian
alisha.. mesti dia rasa bersalah... dia betoi2 kakak yang baik...!!
Padahal alisha sendiri pun tak sihat jugak.. dia batuk & selsema.. tidur malam tadi, siap muntah lagi... Tapi dia tetap nak ajak adik dia main... Tapi tu la, adik dia tak larat sangatlah tu.. yela, suhu badan aqilah kan dah cecah 38.5... tu yang adik dia merengek bila kakak kacau dia... (",)