Ketika saya mengandungkan Alisha... boleh dikatakan kerap jugaklah makan organ dalaman macam HATI ni.. hati ayam lah.. hati lembu lah.. hati kambinglah... semata2 sebab pikir ia boleh naikkan hemoglobin (HB) saya setiap sekali checkup ibu mengandung... tapi untuk pregnant kedua ni, belum pernah makan lagi sebab rasa macam tak lalu nak telan...
Kalau tahu dek opah saya @ moyang alisha yang saya makan hati.. memang dia bising tau... Yela, sebenarnya organ dalaman ni tak elok untuk kita makan.. Nabi sendiri pun TIDAK MENGGALAKKANNYA... Meh sini nak cerita dekat u all kenapa nabi kita tak bagi kita makan hati ayam ni... puncanya adalah jika kita makan hati ayam ni, ia dapat melembabkan otak kita... sebabnya hati merupakan organ di mana semua toksin dikumpul & dineutralkan.. Taknak makan hati dah lepas ni... nak ikut cakap opah saya... dahlah otak saya memang tak berapa nak cerdas... kalau makan hati, bertambah tak cerdaslah jawabnya... kikikiiii
Lagi satu kan u all.. kita ni diajar KOPI TAK BAGUS UNTUK KESIHATAN... tapi terlupakah kita yang minuman kegemaran Nabi kita adalah KOPI SELAIN SUSU & MADU.. tengoklah omputeh tu.. mereka siap ada STARBUCKS lagi kan.. eee saje tau, tak nak bagi saya minum kopi panas cicah biskut lutut... muahhahha
Macam tu jugak dengan kambing... otak kita telah diajar makan KAMBING TINGGI KOLESTEROL... Oh tidak... tidak sama sekali ye sayang2.. sebenarnya kambing ni paling kurang kolesterol... ia jugak KEGEMARAN NABI KITA....!! Opsttt kegemaran saya & my dear & alisha jugak... kikikiii
Yang saya cerita dekat u all di atas ni semua saya dah tahu lama... tapi yang ni saya baru tahu... SOYA MELEMAHKAN KEJANTANAN LELAKI & MENGURANGKAN KESUBURAN LELAKI & PEREMPUAN.. Omputeh ni menggalakkan kita minum sebab mereka pengeluar soya terbesar.. Selain tu, soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara, kanser ovari, kanser prostat serta melemahkan otak & tulang sebab dalam soya ada hormon estrogen yang sama dengan hormon wanita..
Emmmm dalam bab soya ni, saya kurang pasti... ohya, maklumat ni saya ambik dari mana pun saya dah lupa, sebab saya just copy & terus save dekat draft.... jika u all ada pernah dengar pasal soya ni citer2 lah yer.. bukan pe, saya ni, salah sorang penggemar soya jugak... hehheh
Sama ler dengan telur... mereka kata kuning telur byk kolesterol tp mereka makan.