Alisha memang kuat.. Kuat menahan kepedasan.. muahhahhahha.. Semalam saya makan bihun tomyam.. si anak saya ni pun sibuk jugaklah nak makan.. Saya kata pedas.. Tapi apa alisha kisah.. Dia memang jenis suka pedas.. hihii... Ohya, nak baca story alisha makan sambal belacan sampai keluar air mata tak??.. KLIK SINI (",)
Tengoklah tu, bukan main berselera lagi alisha makan tanpa mempedulikan kepedasan bihun tomyam tu.. (",)
Tu dia... sampai merah bibir2.. hihi
Bukan setakat bibir merah... siap sampai gatai kepala lagi... hahhahahha
Last2 minta air... hahhahha... Kalau u all nak tahu, bila abah dia nak rasa sikit bihun tomyam tu, alisha boleh cakap "Pedas.. pedas..".. Konon tak nak bagi abah dia makan lah.. padahal dia nak makan sengsorang... muahhahhahha
Lagi satu, ketika time saya yang makan pulak, dia boleh suruh saya cepat2 berhenti.. dia nak makan pulak... Alahaiii anak... hahhahhah
Saya ingat lepas minum air, dia tak nak makan dah.. Rupanya.. tidak sama sekali tidak... Dia boleh sambung lagi makan... hahhahhahha