Alisha ni nak bagitahu dia nak minum air apa, dia tak reti.. maklumlah, belum pandai cakap lagi.. hihi TAPI alisha pandai bagi arahan... macam boss je gayanya.. kikiii... Setiap hari saya akan sediakan air TEA O untuk my dear minum time breakfast... kiranya saya buat se jug air tea o lah kan.. senang, tengahari tak payah buat dah... minum yang tu je sampai habis.. muahhahah..
Cara alisha bagitahu saya kalau dia nak minum TEA O, dia just tunjuk je lah dekat air tu sambil bagitahu nak kan.. TAPI kalau alisha nak minum TEA O AIS, alisha akan pergi dekat rak gelas & suruh saya ambik gelas pilihan dia sendiri.. lepas tu, dia akan ajak saya pergi dekat peti ais, sambil tangan dia tunjuk peti ais bahagian atas.. (itu maknanya dia suruh saya ambik ais) lepas tu, dia pergi ke meja makan & tunjuk air TEA O.. kiranya dia suruh saya letak air TEA O dalam gelas yang ada ais tadi tu la.. sekarang dah jadi air TEA O AIS.. kikikiii
Lagi satu pulak, kalau dia nak minta AIR MILO SEJUK... Alaa yang milo boleh bancuh guna air masak je tu.. (",)... Macam tadi jugak, alisha akan ajak saya ke rak gelas & bawak saya ke tempat simpan PAKET MILO SEJUK.. lepas tu, dia akan bawak saya pergi ke tempat air masak pulak... Dah jadi MILO SEJUK.. hehheh
Nampak tak.. betapa pandainya alisha bagi arahan.. dia tahu je setiap step buat air tu... hhihii.. Ini alisha suruh saya buat sebab dia belum cukup tinggi untuk ambik semua barang tu.. Nanti kalau dah tinggi, saya rasa, alisha buat sendiri je air apa yang dia nak minum.. Silap haribulan, air untuk ibu & abah pun dia buat sekali.. muahahahhahah
P/s : Situasi di atas tu, kiranya saya mengikut alisha la... alisha ke rak gelas, saya ikut, ke peti ais pun saya ikut, ke meja pun saya ikut... (^_^)
Yap, kamera sentiasa ada berhampiran saya untuk saya snap setiap aktiviti alisha (",)