Memandangkan sekarang ni Alisha tengah demam... so, hari ni saya masak menu khas untuk alisha... Yela, semalam sampai tak nak makan langsung... sekadar ratah ikan goreng je... susah hati saya dibuatnya....
Hari ni saya masakkan alisha air bali & nasi bubur... Air bali tu, selain alisha, ibu & abah dia pun boleh tumpang sekaki.. hihiii
Selain tu, saya masakkan sup ayam.. Ni kira menu untuk alisha & kami jugaklah.. Hari ni kene join menu orang demam.. heheheee
Sup ayam ni saya buat simple je TAPI SEDAP + WANGI..!! muahhaah... pergi ambik dekat MyResepi... hihii Tapi macam biasalah.. saya cuma letak bahan yang ada je lah... CARANYA : Bunga cengkih + Bunga lawang + Kulit Kayu Manis + Buah Pelaga direndam dalam air panas yang baru masak sampai air tu suam & toskan (air rendaman jangan buang)..... tumis bawang merah & bawang putih blend + halia ketuk + 4 sekawan yang u all dah toskan tadi... Lepas tu masukkan ayam biarkan lebih kurang 10 minit bagi semua tu meresap sikit dalam ayam.. lepas tu masukkan air rendaman 4 sekawan + air biasa/paip... bila dah didih, masukkan ubi kentang + lada sulah + garam.. SIAP! (",)
Alhamdulillah.. Alisha berselera makan menu yang saya sediakan ni.. Lega sikit hati saya tengok.. (",)
P/s : Maybe alisha demam nak boleh cakap kot.. sebab tiba2 sekarang ni, alisha dah mula pandai cakap dari sebelum ni.. tiba2 dah boleh buat ayat 3 4 patah perkataan pulak... hahhahha... Opstttt tapi maybe bercampur dengan demam rindu "botol" susu kot.. sebabnya, semalam banyak kali dia try pegang breast saya... alahaiiii (",)