Selama ni saya singgah mana2 blog dengan meninggalkan komen.. itu adalah ikhlas dari saya sebab saya memang suka buat gitu.. hihii.. Tapi tanpa disangka2, ada antara owner blog tersebut menghargai pengomen dengan memberi hadiah (",) Sebelum ni saya dah pernah dapat hadiah sebab menjadi pengomen terhebat untuk blog Kak Fieda & Jemari Suri..
Kali ni, tanpa disangka, saya dapat hadiah lagi.. hihii.. Dapat brooch & lipstick dari blog MJ.. Kat blog MJ pun saya jadi antara top yang komen gak.. hihii.. Secara jujurnya, saya tak pernah tahu yang saya komen entry blog seseorang tu banyak mana.. yela, setiap kali saya bw, saya akan baca & komen je... kadang2 tu komen dari last entry saya komen sebelum tu.. tu yang tanpa sedar rupanya saya antara top yang komen.. (",) Apa2 pun, thanks yer MJ
Yang ni pulak, saya dapat Rempah Daging Masak Hitam dari Izan Mama Mia.. Untuk pengetahuan u all, saya dapat rempah ni hanya disebabkan saya komen entry INI je pun.. U all nampak tak kat sini.. jika kita rajin komen & blogwalking, tak mustahil kita akan jumpa entry terkejut2 camni.. hehehhe.. Tapi komen tu biar ikhlas.. bukan kerana mengharapkan balasan.. (",)
Rempah ni saya belum guna lagi.. walaupun dalam hati rasa macam tak sabar2 nak masak.. tapi saya boleh pulak simpan rempah tu dalam sampul surat.. mana nak perasan.. hahahhahha.. Thanks tau Izan
Hadiah dari Cameron Highlands ni, saya dapat dari Teratak Hati, sebab komen entry INI.. (",) 2 3 hari lepas komen tu, Mama Hakim datang komen mintak alamat.. hihii... Rezeki kan u all.. (",) Walaupun saya dah tak aktif ber"GA" tapi DIA salurkan hadiah untuk saya dengan cara lain pulak... (",) Thanks jugak untuk Mama Hakim
So, jika kita ada masa, kita rajin2lah bw & tinggalkan komen.. best tau u all.. bukan pe, sebab kita secara tak langsung akan jadi rapat.. Yela, dah semua entry dia kita komen.. bestkan.. dapat ramai kawan.. kikikii.. Macam saya yang hanya duk kat rumah je ni, memang seronoklah sebab dari sini saya cari kawan.. Kat rumah ni, kawan saya hanya Alisha & my dear je.. hehehhe... Tu yang seronok sangat mengomen blog orang tu.. kikikikii