Alisha ni, dari umur 3 bulan lagi saya dah kenalkan BUKU dengan dia.. tapi buku pertama Alisha dah koyak.. hihii.. biasalah.. nak kenalkan budak2 dengan buku, di mana time tu, yang dia hanya tahu koyak + masuk barang or kertas dalam mulut.. itulah jadinya... koyak... langsung takda rupa.. hehhehe
Kami sendiri pun memang selalu singgah kedai buku.. Ohya, gambar kat atas ni, hanya sebahagian buku alisha.. ada lagi 5 6 buah buku dia yang saya terlupa nak snap.. hihii... (",) Buku2 alisha ni, ada 2 buah, acu alisha bagi & sebuah, mak long alisha bagi... yang lain, ibu alisha bagi... ekekekeee....
Buku2 ni memang saya letak setempat dengan buku kami.. so, setiap kali alisha nak tengok buku, dia akan ambik buku tu dekat rak dalam bilik... (",) Alisha bukannya pandai baca pun lagi.. yela, dia bercakap pun masih lagi bahasa German... tapi kalau dia tengok gambar yang dia familiar... dia tahulah sebut itu apa... emmm setakat tu je lah u all... nak membaca sampai habis satu buku tak reti lagi.. hihii
Kalau nak cakap alisha ni dah mengenal huruf, saya pun tak tahu nak cakap, yela, alisha tak teror lagi bercakap.. tu yang susah saya nak tahu samada dia ni tahu or tak... tapi apa2 pun, saya tetaplah jugak ajar dia kan.. lagipun dia memang minat dengan buku, so, saya ajar je lah,... (",)