Alang2 ramai yang nak tahu kesinambungan apabila saya bagitahu yang saya hanya kenal my dear 30 minit sahaja.. lepas tu terus merisik, so, saya akan ceritakannya dekat segmen yang dianjurkan oleh Izan ni.. (",).. Saya ceritakan dekat sini secara ringkas je lah yer.. walaupun hakikatnya, memang kisah kami ni ringkas je pun.. zup zap zup zap.. terus nikah.. so, takda cerita yang beria sangat.. muahahhah
Untuk pengetahuan u all, sebelum saya mengenali my dear, saya pernahlah dikecewakan walaupun dah mengenali parent masing2.. STOP.. itu je yang perlu orang lain tahu.. yang tahu lebih mendalam hanyalah family saya & my dear... Lupakan... yang saya nak cerita adalah kisah saya & my dear.. (^_^)
Untuk pengetahuan u all, sebelum saya kenal my dear @ selepas kekecewaan.. saya sentiasa berdoa "Ya Allah.. jika lepas ni aku jumpa lelaki, jumpakanlah aku dengan jodoh aku.. jika dia bukan jodoh aku, jauhkan dia dari aku"... Memang dengan takdirnya.. selepas kekecewaan tu, hanya my dear je lelaki yang hadir dalam kehidupan saya... takda lelaki lain yang berani dekati saya.. (",)
Begini permulaan cerita kami.. baca tau.. kikikiii... Ketika saya bekerja dulu, adalah sorang kakak yang saya hanya contact dalam telefon je pun.. tu pun pasal kerja.. sebab company berurusan antara satu sama lain... Satu hari tu, dia tanya saya.. dah ada yang punya ke.. saya cakap belum.. dengan nada gelak2.. saya cakap "Tolonglah carikan"... muahahahha.. Tanpa saya tahu, yang sebenarnya, Kak Nor ni memang sedang mencari seseorang untuk dikenen2kan dengan my dear... kikikiii
Lepas dah beberapa kali kak nor duk sembang pasal ni dengan saya, akhirnya kak nor mintak izin nak bagi nombor handphone saya dekat my dear.. Ohya, untuk pengetahuan u all... My dear tak pernah jumpa kak nor & saya pun tak pernah jumpa kak nor.. U all bayanglah, kami bertiga tak pernah jumpa satu sama lain, tapi berani mengenen2 pulak... tersilap kenen nahas jawabnya.. muka tak tahu camne, perangai pun tak tahu camne...
Saya masih ingat lagi, sms yang pertama dari my dear pada pertengahan bulan 04/2009, hanya bertulis "Assalamualaikum".. skima je lagak my dear.. satu perkataan tu je.. hahahaa... Tapi dari pada gayanya, saya tahu yang my dear ni bukanlah romeo.. bukanlah pandai bab2 nak mengorat ni... kikikii.. Kami hanya sms je.. tu pun mesej biasa2 je.. bukannya ada bagitahu nak declare or apa.. heheh
Last2 pada 01/05/2009, my dear dari Parit Buntar, datang jumpa saya yang berada di Chemor.. dup dap dup dap jantung saya... muahahaaa... Seperti yang saya pernah bagitahu sebelum ni, saya bukanlah jenis yang senang nak keluar rumah ni.. nak jumpa my dear tu pun, macam2 kene soal siasat dengan mak saya.. tapi nasib abah saya izinkan.. tu pun kami jumpa kat kedai mamak, dekat chemor je pun.. tak jauh pun dari rumah.. muahahahaaa...
Perjumpaan kami berlaku hanya 30 minit sahaja... dari pukul 5 petang hingga 5:30 petang.. minum tea tarik & pisang... hahahaa.. bukan banyak sembang sangat pun.. tapi alih2, malam kejadian tu, my dear boleh sms saya tanya, "kalau nak ajak saya kahwin, berapa ribu hantaran".... muahahahaaa 30 minit jumpa, tak pernah declare.. alih2 dah ajak kahwin.. muahhahah... *Cinta pandang pertama la tu.... kikikii..
2 minggu lepas my dear jumpa saya, my dear datang rumah saya, berjumpa pulak dengan parent saya.. berdebar2 my dear.. bukan main lama berhenti solat kat masjid.. hihii.. Ohya, ini pertama kali my dear nak jumpa "parent".. sebelum ni takda pengalaman macam ni lah kiranya.. (",).. Selepas disoal siasat oleh my parent... akhirnya 2 minggu lepas tu @ akhir bulan 05/2009, my dear bawak family dia datang merisik saya.. hihii..
Selepas perbincangan, akhirnya ditetapkan pada 19/07/2009, kami bertunang... U all jangan ingat lepas bertunang tu kami selalu jumpa.. tidak yer.. hanya beberapa kali je.. tu pun pergi beli barang hantaran + test baju kahwin.. tu pun bukan berdua tau.. tapi adik saya temankan... (",)
Akhirnya pada 17/12/2009, kami dinikahkan oleh my dad sendiri... saya yang bagitahu my dad, saya nak dia yang nikahkan saya... tak nak wakil2.. nikah hanya sekali & yang sekali tu lah, my dad yang nikahkan... (",) 19/12/2009... majlis kenduri kahwin kami... So, bermula dari saat tu lah baru kami bercinta... ehhehhe... Terus je nikah..(",).. sebelum ada apa2 ikatan, takda pun my dear nak declare yang kami ni pasangan kekasih ke apa ke.. takda nak ber'ayang2' ke ber'sayang2' ke.. panggil nama je yer... sampai sekarang tetap panggil nama.. INA.. muahahhahha...
Saya pernah tanya my dear.. kenapa tak nak panggil saya sayang ke ayang ke.. baru romantik.. kikikiii tapi my dear jawab "Kalau panggil ayang or sayang.. belum tentu tu ina tapi kalau panggil ina.. dah sah2 orang yang abang panggil tu INA" (U all paham2 sendirilah maksud my dear tu yer... malas pulak nak explain..hihihii)
Alhamdulillah.. bersyukur sangat2 sebab segala yang dirancang berjalan dengan lancar.. semuanya berjalan dalam tempoh setahun... Moga perkahwinan kami kekal untuk selama2nya.. InsyaAllah...
10/04/2009 = sms pertama
01/05/2009 = bertemu 30 minit
09/05/2009 = berjumpa dengan my parent
30/05/2009 = merisik
17/07/2009 = bertunang
17/12/2009 = menikah
Dikesempatan ni jugak saya ingin mengucapkan Selamat Ulangtahun Perkahwinan yang ke 13 untuk Kak Fieda.. Semoga perkahwinan Kak Fieda kekal untuk selama2nya.. & semoga menjadi isteri yang solehah + ibu yang mithali... (",)
P/s : Kali pertama jumpa kak nor @ orang yang kenen2kan kami adalah pada majlis kenduri pernikahan saya & my dear..
Konon nak cerita ringkas.. tapi alih2.... kikikiii