Heran betoi saya dengan diri saya ni haaa.. yang rajin terlebih sangat ni ape hal entah.. padahal saya bukanlah jenis rajin sangat pun.. penangan bakal adik alisha agaknya ni.. entah2 dia nak jadi chef.. tu yang dia bagi aura kerajinan memasak dekat ibu dia tu... muahahhahahh
Kalau semalam saya bagitahu u all saya buat kuih pau kan.. hari ni saya nak cerita pulak yang petang semalam saya meroti pulak.. hihii.. Saya buat ROTI PAUNG TERENGGANU..
Tekak saya ni tiba2 rasa nak makan roti paung.. tapi mana nak cekau kat kedah ni.. takkan nak balik Terengganu semata2 kerana roti paung kan.. so, dengan semangat nak makan yang jitu itu, akhirnya petang semalam jugak saya mengerah tenaga tangan ni untuk menguli.. hehheheh
Saya buat inti paung inti marjerin je pun... Dekat Terengganu kira pemes lah roti paung panas2 ni.. tapi roti saya ni takdalah selembut roti makcik yang berniaga roti paung dekat terengganu tu.. tapi rasa dia sama..!!.. hihiii.. takpa, asal rasa dia sama, kira oraitlah kan.. kikikiii..
Cara nak buat dia pun senang je u all.. yang susah sikit tu, penat nak menguli je la.. (",) Tepung gandum + yis + marjerin + gula yang dibancuh dengan air.. lepas tu uli dia & biarkan dia naik.. (sejam or 2 jam)... dah naik.. cuit sikit2 adunan tadi.. masukkan planta/marjerin, lepas tu, bulat2kan dia.. dah siap, biarkan lagi dia naik.. (30 minit/40 minit).. lepas tu.. sumbat je dalam oven.. dah masak, sapu planta atas roti tu.. enak di makan ketika panas2... (",)