Pemilik Resort yang bertimbang rasa (",)

Saya nak cerita dekat u all pasal resort yang saya tinggal ni.. Saya tinggal di Pangkor Bayview Beach Resort.. Resort ni berada di Teluk Nipah.. Kalau u all nak pergi pulau Pangkor, menetaplah di Teluk Nipah tau.. sebab senang untuk u all makan + beli apa2 barang macam baju ke, cenderahati ke.. apa2 je lah.. Lagi satu, dekat dengan pantai & macam2 aktiviti u all boleh buat dekat sana.. U all sendiri taulah apa aktiviti di pulau kan.. macam pusing pulau ke.. snorkling ke.. macam2 lagilah.. kalau u all pergi time orang tengah cuti.. memang meriahlah dekat Teluk Nipah... (",)

Pangkor Bayview Beach Resort ni dekat je dengan pantai... Jalan tak sampai 5 minit dah sampai.. hihii.. Kalau u all nak menetap di Pangkor Bayview Beach Resort.. Saya syorkan u all ambik bilik dekat bangunan batu tu.. Sebab pada mulanya, mereka bagi kami bilik yang macam rumah kayu tu (bilik standard).. First time tengok rumah kayu tu dari jauh, rasa macam terujalah.. cantik.. tapi bila masuk sendiri dalam bilik tu.. secara peribadinya.. saya rasa "Apa kes bilik macamni..?? Bayar ratus tapi bila tengok yang adooo.. better yang bayar puluh2 tapi cantik"... (saya dah banyak kali pergi Pulau Pangkor tapi menetap di resort lain)

Saya tanya my dear.. "Ok ke bilik ni??.. Nak tukar ke??.. tapi adik yang jaga kaunter tu bagitahu kalau nak tukar kene bayar lagilah.." My dear cakap.. "Ok je bilik ni.." Tapi saya tahu, dalam hati my dear tak berkenan dengan bilik tu, tapi sebab dia pikir kalau tukar bilik lain nak kena tambah duit lagi.. so, dia redha je la.. muahahahhahha.. Tapi dalam hati saya pulak rasa macam nak mintak duit balik je.. duk resort lain.. hahahaaa

Tapi u all tahu tak, tiba2 tengah2 my dear landing atas katil, my dear boleh cakap.. "Rasa rugi je sewa bilik ni.. bayar mahal".. hambikkk.. tadi kata ok.. hihiii... Saya pun apa lagi.. sepantas kilat terus pakai tudung semula & pergi dekat kaunter.. kebetulan time tu ada 2 orang lelaki.. saya bajet lelaki tu baru nak check in lah kot.. Saya tanya adik yang jaga kaunter tu.. "Semua bilik standart dekat sini sama ke?.. Pintu semua merekah ek?.. Orang dari luar boleh skodeng apa yang kita buat dalam bilik ek?".. Lepas tu adik tu cakap.. "Kalau akak nak bilik lain, akak kene tambah duitlah".. Sepantas kilat saya jawab.. "Saya kalau boleh taknak tambah2 duit lah"...

Tiba2 salah seorang lelaki yang saya sangkakan nak check in tu, terus bersuara.. "Duduk bilik mana".. saya bagitahulah "Bilik standard".. pastu dia cakap.. "ooo bilik standard.. patutlah.." lepas tu dia bagitahu adik yang jaga kaunter tu "Bagi dia bilik no ***"... haaa kan dah dapat tukar bilik baru tanpa dikenekan apa2 bayaran tambahan.. hihii.. Bilik yang dia bagi ni, oklah.. macam hotel dah.. besar + cantik.. puas hati.. barulah saya rasa berbaloi.. kikii

Ohya, disebabkan kami pergi hari orang bekerja, dia hanya bagi RM100 untuk semalam
 (sepatutnya semalam RM105).. so, 2 malam RM200 lah.. Tapi kalau u all pergi hari cuti.. harga dia makin mahallah.. emmm saya pelik gak sebab walaupun masa hari PH hari pekerja tu, dia tetap bagi RM100.. kalau ikutkan harga hari cuti umum RM160... Tapi tu la, seperti yang saya cakap sebelum ni.. kelebihan bercuti di hari orang bekerja.. hihiii

Bilik standard yang kami dapat lepas komplen.. sangat2 memuaskan hati.. alaa macam dekat hotel la.. u all biasa tidur hotel kan.. u all mesti tau (",).. Apa2 pun, saya sangat berpuas hatilah.. sebab pemilik @ pekerja dia tu mampu bertolak ansur + utamakan pelanggan dia... macam ni lah baru saya rasa seronok nak pergi tinggal dekat situ lagi.. hihi.. Nak tengok gambar bilik yang saya tidur... KLIK SINI lepas tu klik ROOM TYPES...   Walau pada hakikatnya saya teringin nak duduk dekat bilik yang jenis kayu2 tu.. yela, barulah dapat rasa lebih syok.. ala2 kampung gitu.. tapi, bila jadi camni, rasanya.. bilik macam hotel lebih better...

Harga Bilik Pangkor Bay View
Jenis
Bilik
Isnin-KhamisCuti Sekolah / Jumaat-AhadCuti
Umum
Standard RoomRM105RM125RM160
Deluxe RoomRM130RM160RM220
Family RoomRM150RM180RM240
*Harga Bilik TERKINI untuk tahun 2012*.. SUMBER

Kalau u all nak sewa motor pusing2 pulau.. boleh je sewa dengan resort tau.. mereka ada sediakan.. RM30 sehari..

P/s :Saya memang suka bekerjasama dengan mereka yang bertolak ansur macam ni.. so, ada rezeki, InsyaAllah lenkali boleh sewa Pangkor Bayview Beach Resort ni lagi.. (",)

Pemilik Resort yang bertimbang rasa (",)

{ 22 comments.. read them below or add one }

Nida Nida May 10, 2012
Kak Nida lum sampai lg ke Pangkor ni...

Nanti bolehlah cuba ushar hotel tu bila nk ke sana (entah bila...hehe)
nur anis nur anis May 10, 2012
rasa tak puas hati kan bayar mahal-mahal, tapi tak memuaskan..
syawalsimpsons syawalsimpsons May 10, 2012
nasib baik boleh tolak ansur...sue aritu duduk kat coral bay...
syawalsimpsons syawalsimpsons May 10, 2012
nasib baik boleh tolak ansur...sue aritu duduk kat coral bay...
noor noor May 10, 2012
huhuhuhu akak xpnh pegi pangkor intan. teringin rasanya nk ke sana
wan nurul hezrina wan nurul hezrina May 10, 2012
oklah dapat gak tukar bilik kalu idak bercuti tak puas hati..hehehe
ummi anum ummi anum May 10, 2012
mesti yang bagi bilik tu pemilik resort tu kan?kalau dengan adik yang jaga kaunter tu agak2 dapat tak bilik lain?
mamaNoriz mamaNoriz May 10, 2012
oh, lelaki tadi tu bos dia ke?

sib baik gak kan, rezeki2...
saffiya_aleesya @ echa saffiya_aleesya @ echa May 10, 2012
memang kena survey betul2 hotel atau resort yang kita nak pergi tu betul2 sbb semua ni kita bayar bukan nya kita dapat free..jadi pastikan apa yang kita bayar tu berbaloi dengan apa yang kita dapat.. ;-)
nuyui a.k.a miss YUI nuyui a.k.a miss YUI May 10, 2012
XPERNH P..hihi.terok tak? t lau nak p,leh rujuk pd akk kan..
wan nurul hezrina wan nurul hezrina May 10, 2012
ina bila alik dr cuti?kalau kat pangkor apa yang besh tuk dibawa alik?kalau kat langkawi kat coklat.kalau kat pangkor ape ek?
ecadwinkyasha ecadwinkyasha May 10, 2012
erk,mahal juga eh kak...tpi berbaloi.nnti nak duduk sini la bila p pangkor..ada org ajk gi sana...ahahha,
tpi ntah bila nak maii pun xtau la. :P
ecadwinkyasha ecadwinkyasha May 10, 2012
eca singgah dtg klik kotex..harap2 dpt be ne,hahaha.

mood:nak BE :((
Solehah Shamsuddin Solehah Shamsuddin May 10, 2012
Kawan Solehah da kje kt P.Pangkor.
Dy kje sbg manager kt sini : http://www.seagullbeachvillageresort.com/

Solehah xsgka lak akak nak g sewa kt Bayview.klu Solehah tau akak nk duk resort theme village cmni,mesti Solehah suruh kwn Solehah bg murah.
Jaa Jaa May 10, 2012
erm, k.ja pun sama dgn sue.. dok coral bay jugak...
deno deno May 10, 2012
nasib baik ada yang baik kan akak :)
fieda fieda May 10, 2012
oooo..gitu citenya..kak fieda aritu terkejut gak tgk chalet tu kecik sungguh tp kitaorg tak dapat tukar la sbb dtg ramai2 kan..msg2 dh tempah bilik tu..yg geramnya tingkap kaca tu boleh nmpk luar dan org luar terang2 nmpk org dlm kalau langsir terbukak..ina 3 beranak pun rasa sempit kami 5 beranak ni lagi la..masa kak fieda gi ari cuti mmg penuh la tmpat tu..

yg best mmg tempat ni serba serbi dekat...dh la mcm kawasan kg..best sgt kan ina..
Izan Ishak Izan Ishak May 10, 2012
bagusnya dapat pemilik resort yg bertimbang rasa camtu... berbaloi2 percutian kali ni ye ina...
Azi Azi May 10, 2012
ooo..kiranya lelaki tu pemilik resort ker? luckly intan dapat jumpa lelaki tu, dapat tukar bilik...
eita eita May 10, 2012
kalau dapat yang tolak ansur macam ni best jugak..rasa berbaloi je gi bercuti
teratak hati teratak hati May 10, 2012
tak puas ati terus bersuara baru dapat apa yang nak kan..
Puan Kutu Puan Kutu May 11, 2012
klu tak puas hati baik suarakan,kan dh tak rugi..bagus betul ibu alisha nie.hehe..