Tak tahu nak tempek gambar apa, so, tak pasal2 saya tempek buah rambutan..muahahhahahh SUMBER
Opssttt jangan terover RISAU dekat anak2 yang saya maksudkan tu adalah ketika anak lakukan sesuatu... Contohnya anak nak "merasa" sambal belacan.. dah sah2 la kita tahu sambal belacan tu PEDAS kan & dah sah2 la jugak kita risau takut anak2 kita tu rasa pedas kan... Tapi anak2 ni, selagi dia tak rasa or tak dapat apa yang dia nak.. selagi tu dia akan cuba dapatkan jugak... So, u all lupakan pasal kePEDASan & biarkan je dia rasa... kalau dia tak suka.. confirm lepas tu takkan buat lagi... heheh Untuk pengetahuan u all, alisha pernah makan sambal belacan.. nak rasa sangat.. hambikkkk... hihiiihiii
Untuk pengetahuan u all jugak, di umur alisha setahun 5 bulan ni, saya bagi buah rambutan TANPA BUANG BIJIK dekat dia untuk makan... Bila dah habis isi... Alisha akan pergi buang bijik dalam tong sampah TANPA DISURUH.. Ada sesetengah orang risau untuk bagi anak dia makan buah rambutan or limau or apa sahaja tanpa buang bijik.. Termasuklah Atok, opah & nenek Alisha.. Yap, saya tahu, dah sah2 lah mereka takut cucu mereka tercekik kan...
TAPI bagi IBU Alisha ni pulak.. KALAU KITA TAK AJAR ANAK KITA selagi tu ANAK KITA TAKKAN PANDAI & asyik mengharapkan kita je... Sedangkan saya nak didik anak saya menjadi seorang yang MAMPU BERDIKARI SENDIRI... & TAHU WAKTU BILA BOLEH BERMANJA & WAKTU BILA PERLU BUAT SENDIRI..!
Pasal buah rambutan tu.. ketika baru2 nak ajar kenalkan alisha dengan rambutan, YAP, SAYA PUN BUANG BIJIK.. tapi bila alisha dah mula sukakan rambutan, saya bagi dia rambutan yang berbijik & saya teman dia makan.. Bila nampak macam isi dah habis, saya suruh dia buang bijik.. lama2 saya cuma bagi je Alisha rambutan berbijik & cakap "Dah habis isi, alisha buang bijik tau"... Yap.. memang lepas tu anak saya buang bijik dalam tong sampah... Surprise bila buah limau yang ada bijik tu pun, dia pandai pergi buang bijik dalam tong sampah tanpa saya bagitahu "Dalam buah limau tu ada bijik, nanti alisha buang bijik"... So, inilah yang saya nak bagitahu yang anak2 kita ni, selagi kita tak ajar, selagi kita takut2 or risau2.. selagi tu mereka tak tahu... (",) Dengan kata lain "Manjakan anak secara bertempat"... (^_^)
Macam2 lagi sebenarnya tapi dah tak tahu nak cerita pasal apa.. so, hari ni cerita pasal buah rambutan & limau je la..muahhahahhahha... Ohya, ini cara saya tau.. ini jugak adalah pendapat peribadi saya... setiap orang berlainan pendapat... mungkin pendapat u all lain dari saya... (",)
P/s : Sabar menanti kehadiran saya dekat blog u all yer... broadband dah HABIS LIMIT!!... hahahaaa