Yap, dah sah2 la barang mainan masakan tu untuk anak saya si Alisha ni.. Bukan apa, sekarang ni sejak2 dia dah ada bear tu.. bukan main lagi... siap suap makan la, minumlah.. yang menjadi masalah tu.. makanan betoi.. minuman betoi.. tak ke kotor bear dia tu nanti.. adoiii....
Semalamkan, boleh anak saya ni ambik gelas + sudu lepas tu datang dekat saya & suapkan saya.. konon2 suap air guna sudu la tu.. yang si ibu ni layankan jelah... hihiii.. Yang syok tu, lepas dia bagi saya minum dia tanya saya "Nak lagi? nak lagi?" sambil geleng kepala... adoiiii... Orang angguk kepala.. boleh kat anak saya geleng kepala.. muahahahhahahh... Bila saya cakap nak, dia pun pergi ambik sesuatu atas meja, konon2 ambik air la sebab tadi saya dah habis minum...hahhahahhahha
Hari ni punya cerita pulak, saya bagi dia minum air.. dalam tengah dia minum tu, tiba2 dia pergi ambik sudu & pergi suap dekat bear... ayoyoyooo.. habis la bear kotor kalau camgini... adehhhhh.. Saya rasa lepas ni saya nak beli mainan masakan lah dekat dia.. senang.. takdalah habis pinggan mangkuk saya dia buat main..hihii
Seronok jugak sebenarnya tengok gelagat alisha ni.. macam2 peel.. suka buat saya gelak tau..hahahha.. Lebih2 lagi sekarang ni alisha dah banyak word boleh cakap.. emm or maybe ayat jugak kot.. Kalau nak minum, Alisha akan cakap "Nak air" sambil tunjuk dekat air.. Nampak budak kecik, dia akan cakap "Baby" walaupun baby tu sebenarnya adalah diri dia sendiri ketika kecik...hahahahaaa.. Nampak orang yang besar sikit dari dia.. dia cakap "Kakak kakak"..hihii... Yang paling tak leh tahan tu, dia panggil saya "Mak mak mak"... bila saya cakap "Panggil ibu lah Alisha".. so, dia panggil "Ibu" sekejap.. lepas tu mak semula... hahahahahaaa...
Actually, banyak lagi Alisha boleh cakap tapi tak larat nak senaraikan semua..hihii.. Emmm setakat ni saya tak pastilah samada Alisha ni cakap loghat mana.. samada utara ke or pantai timur.. tapi saya bercakap dengan alisha bahasa standart je.. kadang2 tu campur.. sesuka hati saya je... hihii.. Ohya, alisha setakat ni setiap perkataan yang dia sebut tu, dengan jelaslah.. kita boleh paham.. takda pelat2.. lagipun saya tak ajar cakap pelat2 ni...
P/s : Tiba2 mood tak sabar nak beli mainan masakan untuk Alisha.. (^_^)