Hari sabtu baru ni, kami bawak Alisha pergi ke Pantai Merdeka.. Niat hati pasal nak bagi Alisha main dekat Taman permainan + boleh dia jumpa ramai rakan2 sebaya..
Mula2 sampai, tempat Alisha tuju adalah papan gelongsor... suka sangat dia... hihii.. Tapi tu la, orang naik ikut tangga tapi si alisha ni nak tunjuk teror pergi naik ikut papan gelongsor tu...hahhahah... Dah tak sabar nak main, tak dan nak cari tangga ek alisha..muahahhahha
Lepas dah puas main papan gelongsor yang jenis biasa tu.. dia pergi main papan gelongsor yang jenis tertutup tu pulak...hahhahah... menjerit dia masuk dalam tu... suka sangat... hahhahha
Nampak tak.. betapa seronoknya anak saya.. sengih sampai telinga...hihii
Saya paling suka gambar nih!! Sebab memang terserlah betapa happynya dia..!! Mesti Alisha sangat seronok dapat main dekat Taman Permainan kan... Anak seronok ibu bahagia... kikikii
Time ni Alisha nak panjat tapi sibuk nak tengok kengkawan pulak.. hihii..
Ohya, nak cerita dekat u all.. lepas main2, kami makanlah keropok lekor + rojak + air dekat tepi Taman Permainan ni.. Sebelah kami ada jugak 1 family yang anak dia lebih kurang besar Alisha jugak.. Tapi ibu dia penat menjerit sebab anak dia jenis yang suka lari2.. penat si ibu berkejaran... saya senyum je la tengok gelagat anak dia tu.. Comel sungguh.. Putih melepak.. (",)
Si ibu ni cakaplah.. anak dia memang selalu macam tu... tak duduk diam.. penat jerit suruh duduk diam2... Tiba2 ayah budak tu cakap "Kakngah, makan duduk diam2.. tengok kakak tu.. duduk diam2 je (merujuk kepada Alisha)".. Time tu saya berfikir... Alhamdulillah saya dikurniakan Anak yang jenis tak banyak karenah.. Seperti yang saya cakap, ala2 menantu pilihan apabila diluar rumah...kikikiii..
Emmm saya terfikir Alisha macam ni mungkin disebabkan sepanjang saya mengandungkan Alisha, saya amalkan makan buah kurma sampailah sekarang... Lagipun Rasullullah s.a.w. pernah bersabda "Berikanlah makan buah kurma kepada isteri2 kamu yang hamil kerana sekiranya wanita yang hamil itu makan buah kurma, nescaya anak yang bakal lahir itu menjadi anak yang PENYABAR, SOPAN SANTUN & CERDAS PEMIKIRANNYA".. Nak tahu lebih lanjut kebaikan buah kurma.. BACA SINI.. So, siapa2 yang tengah pregnant tu makanlah buah kurma kerana kebaikan dia sangat2 banyak.. (",)
happy sgt alisha main kat PG