Semalam ketika saya ke dapur, sekali terkejut tengok dalam tong sampah saya, ada sesuatu yang amatlah berharga...
Saya nampak DUIT 5 hengget... Adoiii... Ni mesti kes anak saya buang ni... Alahai sayang oiiiiiiiiiiiii.... takda 5 hengget tak cukup sejuta yayang ibu oiiiiii...hihii.. Actually duit ni saya letak atas rak dalam bilik.. Anak saya ni mesti pergi panjat kerusi & terpandang duit tu atas rak.. saya agak, Alisha ingat duit tu kertas kot..
Untuk pengetahuan u all, selama ni, kalau alisha jumpa kertas dalam rumah, dia adalah antara orang yang sangat rajin mengemas.. Dia akan ambik kertas tu & pergi buang dalam tong sampah...
Bukan setakat kertas je tau.. kadang tu, kalau dia nampak abah dia letak seluar atas katil.. dia akan ambik seluar tu & letak dekat dalam bakul tepi mesin basuh.. Bila abah dia nak guna, tengok2 seluar dia dah takda..hahhahah
Bagus si budak kecik ni.. rajin menolong ibu dia.. bukan setakat rajin tolong kemas.. tolong sepahkan rumah pun dialah jugak heroinnya.. hihii