Actually saya dah lama nak tukar produk kecantikan yang baru.. cuma saya sedang berkira2 samada nak guna Safi Rania Gold ataupun Simply Siti.. Bila dah ramai sangat blogger yang review cakap produk Safi rania Gold ni bagus.. saya dah terdetik nak beli tapi tetap lagi mampu bersabar.. sehinggalah saya terbaca entry Muni bagitahu dia dah beli Safi rania Gold tu hari Jumaat baru ni...
So, kebetulan pulak hari Sabtu malam tu saya pergi makan nasi arab, so, apalagi.. lepas makan tu terus singgah Tesco.. Hambikkkkk terus saya beli Safi rania gold.. muahahhaha.. saya beli Set Kirana + Toner.. total dia RM57 kalau tak silap saya.. kira bagi saya sangat murahlah dari produk yang saya guna sebelum ni.. Bila time nak bayar tu, Saya suruh my dear tolong bayarkan sebabnya time tu saya tengah pujuk Alisha sebab Alisha menangis..
So, bila dah beli tu, dalam kereta, my dear boleh cakap.. "Mahalnya barang ina beli.. terkejut abang nak bayar.. ingat ke RM15" hahahahaaa... Opssttt jangan gelakkan my dear tau sebab my dear memang tak tahu langsung bab2 harga barang kegunaan untuk kaum wanita ni.. muahahahaa.. TAPI yang syok tu.. lepas tu my dear boleh cakap "Untuk CANTIKkan?? Untuk CANTIK takpa mahal pun".. Sekali lagi saya ulang... "Untuk CANTIK takpa mahal pun".. hihii.. My dear sebagai seorang suami & seorang lelaki cakap macam tu... Thats mean, secara tak langsung, my dear telah membuktikan yang suami or pasangan kita ingin kita kelihatan cantik (",) *Walaupun orang lain nampak biasa tapi di mata mereka kita tetap cantik*
Bila my dear dah cakap macam tu.. saya lagi bersemangatlah nak guna Safi rania Gold..hahhahhahah.. Lebih2 lagi tahun depan dah masuk 3 series... Kesimpulannya, kita sebagai seorang isteri ni patut jaga penampilan kita..hihii.. Untuk pengetahuan u all, selama ni saya seorang yang hangat2 tahik ayam.. beli barang sangatlah suka tapi bila dah beli malas nak guna... Ni penyakit MALAS namanya..muahhahhah.. Tapi tu la, sejak beli Safi Rania Gold ni, & sejak my dear cakap macam tu... tak pernah miss lagilah saya menempek dekat muka ni.. Pagi pun menempek, malam pun menempek..hahhahhahhahha
Ohya, dalam entry sebelum ni, saya sengaja sebut birthday girl bukan birthday woman sebabnya "Bila kita perasan diri kita muda, secara tak langsung aura positif tu akan naik ke wajah kita.. dengan kata lain.. ia mampu membantu kita jadi awet muda"... muahahhaah ayat nak suruh orang muntah darah..hehehhe