Seperti yang saya bagitahu dekat entry sebelum ni... semalam, saya dah pun beli susu Anmum untuk Alisha kan... so, semalam adalah secara rasminya (29/03/2012), Alisha telah mula merasai susu formula.. Mula2 sekali, saya nak cakap "Alisha.. kamu anak yang sangat2 baik.. kamu betoi2 memahami situasi ibu.. walaupun ibu dalam kesedihan tapi kamu mampu merawatnya dengan telatah kamu yang comel itu"..
Sungguh saya rasa Alisha ni mempunyai instinct yang kuat nak jadi kakak.. Kalau sebelum ni, saya ada bagitahu u all apa perubahan Alisha @ persediaan alisha untuk bergelar kakak.. Sekarang ni dalam bab susu pulak... Alisha betoi2 buat saya rasa macam terharu sangat dengan dia.. seolah2 dia sanggup berkorban apa sahaja untuk kebaikan ibu & adik dia... Jom layan gambar di bawah, untuk u all dapatkan jawapan kenapa saya berkata sedemikian... (",)
Semalam, lepas je balik dari Tesco.. saya buat air untuk saya @ untuk ibu mengandung mamil mama tu.. tapi alih2 alisha pun sibuk nak minum jugak..hihii
So, my dear suruh saya buatkan susu anmum alisha tu...
Nampak tak.. macam alisha suka je minum susu anmum tu kan.. hihii... Saya letak dalam gelas je... maklumlah.. Alisha bukan biasa minum guna botol susu..hahhah
Tapi bila dah tak habis dalam gelas.. saya pun baru teringat alisha ada botol susu yang kecik molek je saiznya.. hahhahah.. tu pun beli ketika alisha baru2 lahir.. saja lah spare kot2 ada time yang memerlukannya kan.. (".)
Nyum nyum sedapnya susu anmum ni..hehhehe
Tu dia... orang baru nak try minum guna botol susu.. habis bantal, muka.. kene susu..hahhaha
Bila alisha nak masuk tidur.. dia ambik botol susu tu bawak masuk bilik jugak..
Nampak tak aksi alisha tu.. bukan main lagi happy.. maklumlah dapat minuman baru..hahhahhah..
Terharu saya dengan Alisha ni.. yela, saya sampai menangis untuk buat keputusan ni.. tapi alisha mampu buktikan dekat saya yang dia boleh je berselang seli minum susu formula & susu badan.. Betapa alisha tak cerewet... saya beli anmum terus dia suka & sesuai untuk dia... betapa alisha memahami keadaan saya... Sungguh ibu sayang kamu alisha..!!!...
P/s : Setakat ni saya bagi alisha minum susu anmum di siang hari @ time nak main2 tu.. tapi time tidur.. minum susu badan lah.. (",)
lagi pun dia teruja dapat something new yg dia tak pernah jumpe before this...he3