Actually, alisha ni menabung bukan dalam tabung dia sendiri pun.. tabung abah dia sejak zaman bujang dulu.. Alaaa bekas snek potato chips tu je..muahhahhahha.. Abah Alisha ni jenis suka menabung.. dahla macam tu.. sedikit cerewet @ teliti... tabung 10 sen 20 sen 50 sen RM1.. semua asing2 yer.. tak boleh campur sekali.. hahahh... Thats y dekat rumah ni jadi banyak tabung potatochips ni..kikikiii.. Tapi nasib baik.. duit dalam tu pun banyak (yela, dari zaman bujang menabung tapi taknak korek.... sungguh rugi)..muahhahahha
Si Alisha ni saya dah start 3 4 bulan yang lepaslah.. ajar dia menabung... maklumlah, ibu alisha ni.. takdanya nak menabung.. zaman kecik2 dulu.. harini sumbat duit dalam tabung.. esoknya korek... hahahhaha... tak penuh2 tabung tu dibuatnya...muahhahhahhah.... sebenarnya sekarang ni saya dalam proses mencari tabung yang khas untuk Alisha.. tapi takda yang berkenan lagi di mata ibu alisha ni... huhhh memilih tau i nih.. ;p
Nampak tak, betapa kusyuknya Alisha nak menyumbat duit tu dalam tabung abah dia tu..hihi.. Ohya, untuk pengetahuan u all jugak.. Alisha ni, walaupun dia jenis seorang yang suka masukkan barang dalam mulut.. tapi tidak pernah sekali pun saya nampak dia masukkan duit dalam mulut.. masukkan dalam tabung selalu...hihiihiii
Kadang tu, dia boleh tunjuk saya suruh ambik tabung yang saya letak atas almari.. kiranya dia dah nak mulakan aktiviti menabung dia lah tu..kikikiii
Alisha akan sumbat semua duit yang ada dalam tabung.. jika dah habis sumbat, dia bukak pulak tabung tu, & ambik kembali duit dalam tu.. & sumbat lagi sekali.. dah gaya macam tabung tu jadi mainan dia pulak...hhehehhehheh