Projek 100 Bloggers oleh Broframestone

Hari ni tiba2 tergerak hati nak join Projek 100 Bloggers oleh Broframestone.. Bagi saya projek ni macam sangat best..!! Tu yang walaupun saya rasa macam tak berkelayakan tapi nak jugak join... muahahhahha.. Mana tahu kot2 ada rezeki menjadi antara 100 bloggers yang bertuah.. (",)

Meh sini nak cerita dekat u all apa yang buat saya tertarik nak join.. Tapi saya confirm, lepas saya cerita, pasti u all pun akan tergoda.. kikikii.. Untuk pengetahuan u all, Broframestone akan present kertas kerja dia kepada kepada klient2 dia.. di mana 100 blog akan terpilih untuk menjadi medium pengiklanan kepada klient2 Broframestone..

100 blogger yang terpilih tu akan dapat sponsor post.. Kiranya u all hanya perlu menulis & promosikan klient2 tersebut.. u all akan dibayar atas hasil usaha u all tu.. So, best tak?.. kiranya macam side income dalam berblog lah kan.. (^_^)

Tapi untuk join.. ada syarat2nya tau..  baca dekat bawah ni yer.. :-

  1. 100 blog Malaysia dan pemiliknya warganegara Malaysia.
  2. Blog yang mempunyai trafik dalam 500 uv dan keatas dalam sehari. (bukti statistik blog amat diperlukan)
  3. Blog berbahasa melayu atau english.
  4. Blog yang berkualiti (bukan copy paste & setiap post mendapat feedback yang menggalakan dari pembaca).
  5. Seminggu sekurang-kurangnya 4 kali blog di update.
  6. Tidak terikat dengan mana-mana syarikat pengiklanan.
  7. Dan sanggup memberi komitment dalam menjaya Projek 100 Bloggers

Untuk pengetahuan u all jugak.. dalam bab traffic tu dah sah2 lah saya tak berapa nak capai kan.. Tapi apa2 pun saya tetap jugak nak join.. mana tahu ada rezeki.. Orang kata, Tuah Ayam nampak di kaki.. Tuah ibu alisha @ IntaNBerliaN.. siapa yang tahu.. (^_^)

P/ws : Wish me luck & jom lah kita join & support blogger Broframestone.. KLIK SINI (",)


Projek 100 Bloggers oleh Broframestone

{ 18 comments.. read them below or add one }

emarieys emarieys March 26, 2012
good luck..INSYAALLAH
nuyui a.k.a miss YUI nuyui a.k.a miss YUI March 26, 2012
good luck sis..sy mmg tak tercapai yg uv tu..huhu.
Tie HT Tie HT March 26, 2012
alamak takut plak baca pasal uv tu..hehe..tp bagus lah ina, good luck ey..aminn :)
Cikrosecute Cikrosecute March 26, 2012
good luck ibu alisha...
ecadwinkyasha ecadwinkyasha March 26, 2012
wahhh.join yer...eca pun ingt nakjoin..tpi traffic tue.huhuhu :(
Abang Karu Abang Karu March 26, 2012
Semoga berjaya.
Sy nk joint tp x cukop syarat la huhuhuu
Solehah Shamsuddin Solehah Shamsuddin March 26, 2012
tau xpe kak.Solehah takut nak join ni sebab xdapat tersenarai,maklumlah mengenai trafik dan syarikat pengiklanan tu,ssh skit la.
Myra Jay Myra Jay March 26, 2012
Myra nak gak join tapi syarat no. 1 tu tak lepas tu yang tak join ;)
sue zainun sue zainun March 26, 2012
good luck ina..sue support ina :)
fieda fieda March 26, 2012
selamat mencuba ina..mana la tau kan kot ada rezeki..sekarang ni rezeki ina melimpah2 ni..hehehe..kak fieda bab uv tu alamak..byk sgt tu...lagipun blog kak fieda ada jgk copy paste sikit..mcm agak tidak sesuai la plk..

ye la ina..tak boleh klik iklan..nape ye..
Masya Masya March 26, 2012
good luck uv 500 mmg saya tak layak lah jawabnya...
Kazman / Sue Kazman / Sue March 26, 2012
kami dah periksa nama blog intanberlian ni berjaya dapat masuk nombor ke 67.... Tahniah dari kami di Menara Kehidupan....
Puan Kutu Puan Kutu March 26, 2012
ramai gak yg join tp sy tak cukup syarat.uv around 300 n 400 jer..:)
sal ya sal ya March 26, 2012
gud luck ina. semoga dimurahkan rezeki.
Ruse Sulaiman Ruse Sulaiman March 26, 2012
good luck.. manalah tau ada rezeki..
Unknown Unknown February 06, 2013
ina..even uv tak sampai 500 leh ker join??