Hari ni saya nak cerita dekat u all yang Alisha sekarang ni dah pandai tiru saya nak 'menempek' macam2 benda alah dekat muka dia tu..hihii.. Ni aktiviti yang dia buat sebelum dia demam @ ketika baru nak pergi klinik untuk checkup 18 bulan (",)
Setiap kali saya duk mengadap cermin untuk guna Safi Rania Gold or apa2 sahaja di muka saya ni, anak saya ni akan jadi pemerhati setia.. Bila saya dah siap guna barang tu, dialah yang akan ambik alih nak guna pulak...muahahahah.. Kalau cuci muka pun macam tu jugak.. dia akan mintak pencuci muka saya, lepas tu, dia akan buat gaya macam sedang cuci muka...hahhahhah
Nampak tak ke'teror'an anak saya tu.. pandai pulak ambik botol toner letak dekat kapas tu..hihi
Lepas tu apa lagi.. tenyehlah dekat muka..hahahhahha
Yang tak leh tahan tu, siap tengok cermin.. hahahhaha.. Adoiiii anak saya ni meng'kantoi'kan saya lah tu.. sebab apa yang dia buat adalah cara saya buat.... Tiru ibu nih!!... ;p
Tadaaaaa cantik tak muka Alisha selepas "bermekap"?.. muahhahha.. Ini saya baru tunjuk gambar Alisha guna toner.. belum lagi guna krim...hahahaa... Kadang2 tu, kan dekat penutup krim ada sisa2 krim yang melekatkan.. dia ambiklah krim tu sapu kat muka dia... adoii..hehee
Lagi satu kalau u all nak tahu, dekat rumah saya ni, saya ada sedia satu bunjut yang terisi barang2 Alisha macam bedak + losyen + syampu + berus gigi + sikat.. Si Alisha ni suka ambik bunjut tu lepas tu, buat2 syampu rambut saya lah.. letak bedak dekat muka saya lah.. letak losyenlah.. yang takleh tahan tu, cara dia nak gosok gigi saya sebijik macam saya buat dekat dia... hahahahaaaa
Nampak gayanya nanti kalau Alisha ada adik, dialah yang paling sibuk nak menyiapkan adik dia.. dia lah yangakan letak losyen, bedak & lain2..hihii... Memang kakak yang baguslah Alisha nih! (^_^).. Ohya, Anak saya dah sihat sepenuhnya petang semalam...
P/s : Tekak saya sentiasa rasa loya tapi tak muntah... sungguh tak selesa.. alahan dah nak start agaknya...