Persediaan Alisha sebagai seorang kakak...

Sekarang ni alisha dah menunjukkan beberapa perubahan dalam diri dia.. Maybe ianya sebagai persediaan untuk jadi kakak kot.. kikikiii... Seperti yang u all tahu, Alisha still lagi breastfeeding, so, setiap kali nak tidur, pasti saya akan menyusukan dia.. dalam otak saya ni pun terfikir.. jika tak bagi susu, Alisha taknak tidur... TAPI SANGKAAN SAYA SILAP.. Ketika my mum ada dekat rumah saya, tanpa disangka2 alisha boleh tidur dengan hanya ditepuk oleh opah dia... bayanglah dari bangun tidur, sampai petang tak minum susu pun... Alahaiiii.... manja dengan opah ni... hihii.. Sedikit sebanyak ia buat saya rasa lega, jika apa2 berlaku dekat saya, contohnya saya masuk wad ke, saya tahu yang alisha ada opah yang mampu jaga dia.. saya tahu yang alisha takkan menangis jika saya tak dapat tidurkan dia.. saya tahu alisha takkan menangis jika tak dapat minum susu...

Lagi satu, Alisha sekarang ni makin manja dengan abah dia... setiap kali abah dia makan, mesti dia nak bertempek.. nak suruh abah dia suap.. kalau sebelum ni mesti nak suruh saya je suap..hihii... Macam tahu2 je lepas ni ibu dia akan sibuk melayan adik dia.. so, better awai2 dia manjakan diri dengan abah dia.. hihii.. Good girl!! (",)

Selain tu, Alisha dah makin kurang nak dukung2 sekarang ni..walaupun dia merengek.. takdanya dia nak suruh dukung2 sekadar duduk di sisi saya je... Agaknya dia tahu, dalam perut ibu ada baby.. so, ibu tak boleh dukung dia.. sebab ibu kene jaga baby @ "kawan" dia nanti.. ekekkekekk... Alisha tahu, alisha dah besar & dah berat.. kalau nak dukung, alisha akan suruh abah.. muahhahhahha

Itulah antara cerita2 terkini  alisha.. Ohya, saya nak selitkan jugak pasal sekarang ni kalau saya nak potong kuku alisha, tak perlu lagi ketika alisha tidur tapi alisha sendiri yang akan ambik kepit kuku & suruh saya potong kuku dia... tengok, betapa senangnya kerja saya.. hihii... Actually, sebelum ni, saya ajar alisha bila kuku panjang, saya akan cakap "Yerkkk" sebabnya bila alisha main sesuatu @ pegang, benda tu akan masuk celah kuku & jadi hitam.. saya inform alisha dengan bagitahu "yerkkk"... & terang dekat dia bila kuku jadi camni, mesti kene potong.. sejak tu lah.. alisha selalu suruh saya potong kuku dia.. walaupun kadang tu bukan kuku panjang pun tapi disebabkan plastesin melekat dekat kuku dia.. tetap dikira "yerkk"... muahahahaa


Persediaan Alisha sebagai seorang kakak...

{ 27 comments.. read them below or add one }

mamavogue mamavogue March 23, 2012
assalam intanBerlian,
mmg ade perasaan nak tanye,tp sbb awak dah mention kat entry ni sesuai la skit. awak still breastfeeding alisha? x bahayekan baby ke? sbb ade kwn yg doktor nasihatkan dia stop breastfeeding, sbb perut akan mengecut.
just curious, xpe kalau awak xjwp :)
::CIK LYNN:: ::CIK LYNN:: March 23, 2012
waaa...bagusnya...pandai alisha...=)
Cute Mum Cute Mum March 23, 2012
memand diorang dapat rasa kot..
dania pon dah mula stop BF dan sekarang apa2 nak kat Daddy..
tido pon nak ngan Daddy.. selagi Daddy tak tido, selagi tue die tak tido..
fieda fieda March 23, 2012
wah...alisha betul2 dah bersedia nak jadi seorang kakak ni...tak sangka kan macam dia automatik tau yg dia akan jadi kakak...alhamdulillah..
Mrs Lurve Mrs Lurve March 23, 2012
org kata budak2 tahu kan, kalo dlm perut ibu ada baby...sbb tue alisha, xnak meragam dgn ibu dia..
mimie.. mimie.. March 23, 2012
comelnyeee si alisha ni...good gurl..
dah pandai berdikari.. ^_^

eh, ina dah ada isi yek??tahniahh... ^_^
kee mimi salah baca ni?opss sowiee ehehe
Kazman / Sue Kazman / Sue March 23, 2012
memang kami tak nafikan... bila anak nak dapat adik dia seperti pandai beralih manja pada yg lain.... tapi kita tetap sayang semuanya kannn...
ecadwinkyasha ecadwinkyasha March 23, 2012
wahh...alisha nak jadi kak long dah..
Mak Wardah Mak Wardah March 23, 2012
Salam Perkenalan.Alisya budak yang sangat pandai.
aimi aimi March 23, 2012
alolo cian alisha..... tp xpelah .. untuk adek yg tersyg akk kne lah beralah =)


semoga sihat selalu kak =)
mamaNoriz mamaNoriz March 23, 2012
biasa mmg girl rapat dgn ayah kan...

bagus alisha tu, dia sedar dia dah besar...
Zie Zie March 23, 2012
perubahan yg bagus...
Tihara Tihara March 23, 2012
sekejap je kan alisha dah nak jadi kakak..nanti boleh alisha jaga adik dia sama2 :)
Falsya Falsya March 23, 2012
gud gurl la alisha nie..dh paham dh yg ibu tgh carry baby..ehehe..
ajumohit ajumohit March 23, 2012
alahai kakak alisha dah besar dan dah paham kan ina, senang dia nak adapt bila ada adik nnti
Myra Jay Myra Jay March 23, 2012
Sama macam Firas, sebelum ni dia fully BF, lepas Umi dia preggy, cakap dengan Firas susu ni adik pulak nak minum, kesian adik, so start tu dia stop BF dan minum susu botol :)
fiza fiza March 23, 2012
Pandainya kakak alisha ☺☺
aizamia3 aizamia3 March 23, 2012
itulah situasi bila kakak @ abang akan dapat 'kawan'.. kalau nasib baik ragamnya tidaklah berpanjangan tapi ada jugak yang kuat cemburu, kita kena pandai nak kawal keadaan kalau itu yang berlaku.. ;)
anisalya anisalya March 23, 2012
hohoho... anak2 akak siang je anak abah tapi malam tetap anak2 ibu. nak ada adik ke tak ke sama je. kalau malam jgn harap la abah blh sentuh. mau mengamuk dibuatnya. tapi skg ni tgk... Kak Ngah rapat dgn abah. biasa tak nak baah tp masa warded tu, tido pun dgn abah.
teratak hati teratak hati March 23, 2012
dah sedia jadi kakak la tu..
Puan Kutu Puan Kutu March 23, 2012
baik la kakak alisya nie.nanti dh ada adk msti lg terserlah ciri2 seorang kakak tu kan.hehe..
eita eita March 23, 2012
nanti leh lah alisha jaga adik
nanakimie nanakimie March 26, 2012
wah,bagus kakak alisha neh..hehe...nnt rajen2 jaga adek pulak ye...:)
Cik Rose Cute Cik Rose Cute March 26, 2012
Biasanya anak sulong cepat berdikari...nanti rajin pulak alisha menolong ibu kemas rumah pulak hihihi
Izan Ishak Izan Ishak March 26, 2012
bagusnya... alisha ada instinct yg kuat nak jadi kakak. macam manalah agaknya gaya dia bila betul2 dah beradik nanti ye. mesti sgt sayang dan caring pada adik kan!