Adik Deno tanya saya pasal ada tak tips untuk tingkatkan traffic.. Macam tersalah orang je Deno ni tanya.. hahah.. yela, sepanjang setahun 5 bulan saya berblog, UV harian saya hanyalah 400++ or 500++.. kadang2 bolehlah sampai 600++.. Kalau Sabtu & Ahad tu lagi sikit.. 200++ je... hiihii.. Traffic saya pun yang ado.. camne nak bagi tips.. muahhahhah
Apa2 pun, meh sini saya nak cerita sikit tentang sejarah UV @ traffic di blog saya... ketika saya mula2 berblog.. mana ada siapa yang nak baca.. kecuali biras saya & my dear.. hahha... UV jangan cakaplah, dah sah2 kurang dari 10 kan.. hihii.. Lepas tu, naik jadi hampir 50.. lepas tu naik jadi hampir 100.. lepas tu 100++.. 200++.. 300++.. 400++ & sekarang ni 500++.. tu pun selepas setahun 5 bulan berblog baru dapat UV 500++.. hihi
Mula2 sekali, nak naikkan UV or tingkatkan traffic + nak bagi orang tahu tentang kewujudan blog saya adalah saya banyak join segmen + blogwalking.. (NAK TAHU LEBIH, KLIK SINI) Kiranya masa mula2 berblog, saya mencari orang untuk follow blog sayalah... dengan kata lain, bila orang follow kita & terbaca pulak tajuk entry kita dekat dashboard mereka, so, secara tak langsung maybe tajuk entry kita tu boleh menarik minat mereka untuk terjah blog kita..
Seperti yang saya pernah bagitahu sebelum ni, saya memang selalu blogwalking & balas jejak... dari situ jugaklah saya dapat ramai kawan yang selalu datang baca entry saya.. Kalau kita baik dengan orang, kalau kita ramah dengan orang, pasti orang pun akan baik + ramah jugak dengan kita.. dengan kata lain, mereka pasti akan sentiasa jenguk blog kita bertanya khabar... Tak update blog je, mesti ada yang bertanya mana kita menghilang.. so, itupun secara tak langsung.. bila orang masuk je blog kita.. traffic kita pun akan meningkat jugak.. (",)
Tapi kalau deno nak traffic tinggi2 tu rasanya, kena guna teknik SEO la kot.. akak tak reti semua tu + malas nak ambik tahu sebab nak tulis cerita anak2 + diri sendiri je dekat blog ni.. hihii (",)
*AKAK SUKA DENGAN ENTRY DENO SEKARANG NI.. ENJOY DENGAN LIFE DENO WALAUPUN DENO SAKIT.. DENO KUAT SEMANGAT.. BEST JE BACA.. (",)*
P/s : Saya tetap pentingkan sikap ramah tamah @ komunikasi 2 hala perlu ada untuk dapatkan pembaca setia.. (",) Tapi kalau blogger yang dah otai, tak balas kunjungan pun orang tetap datang blog mereka.. hihii
P/s : Petang ni saya pergi klinik ibu & anak, so, jejak dibalas kemudian yer... (",)