Baru2 ni, Alisha ajak saya masuk bilik tengah.. dalam bilik tu saya simpan mainan2 Alisha... Sampai je dalam bilik, dia tunduk bawah katil & cakap "ambik.. ambik..".. rupa2nya dia suruh saya ambik walker.. hahhah
Terkejut saya, yela, Alisha last naik walker umur dia 9 bulan ++ or 10 bulan ++... time tu Alisha dah start pandai jalan.. so, takda nak bagi walker dah dekat dia.. Entah macamana dia boleh teringat pun tak tahulah saya.. hihii
Tengoklah kaki dia sampai berlipat naik walker ni.. heheh.. Siap dia bergerak guna walker ni lagi dalam rumah.. hahhahha
Kelakar la Alisha ni tau.. agaknya dia pikir nanti adik dia nak naik pulak.. sebelum adik naik, baik dia naik lagi.. hahhaah
Muka orang seronok dapat naik walker.. hihiii.. Actually walker ni mak saya yang mintak tolong kawan dia belikan untuk Alisha.. Kawan mak saya tu beli yang murah je.. tapi tahan lama + masih elok.. takda nak rosak apa pun lagi.. kiranya barang murah kalau kita pandai jaga + pandai guna.. dia tahan lama jugak kan (",)