Hari tu saya ada blogwalking ke blog eita, sekali dia tunjuk pulak gambar buah pelam jeruk kuah lada.. Alahaiiiii.. kecur mulut saya ni tengok... Saya tak tahu lah u all pernah makan or tak.. tapi biasanya jeruk camni pemes kat Terengganu... (",)
Saya pun apa lagi, suruhlah my dear pergi beli buah pelam telur ke or buah pelam apa je yang tak masak sangat.. Lagi sekali kene dengar leteran manja dari my dear sebab suka mintak yang susah nak cari.. muahhahhah.... Masa saya suruh tu, my dear pergilah cari dekat pasar malam, tapi takda.. Lepas tu dah tak suruh.. hihii
Tapi minggu lepas, bila saya tak suruh my dear beli, dengan takdir Tuhan, ada pulak orang jual buah pelam yang saya nak tu... *selalu macam tu, bila nak takda, bila taknak ada... opsttt sebenarnya nak je.. hihii.. Sampai je rumah, my dear terus bagi saya... seronoknya.... ni yang makin sayang sama kamu nih!!!! (^_^)
Tanpa banyak cerita, terus saya buat jeruk pelam kuah lada ni haa... Siap telefon sepupu dekat Terengganu lagi tanya cara nak buat... ahhahhah... Senang je... Buah pelam tu potong & rendam dengan air garam.. eloknya semalaman untuk kurangkan sikit rasa masam... Kuah dia tu, rebus air + gula melaka + garam sikit + cili blend.. masak sampai didih... nanti pelam yang dah rendam tu, masukkan dalam kuah yang dah sejuk tu & letak dalam peti ais... makan sejuk2... sedap sungguh rasa.. hhiihii