Saya kan dah cerita dekat u all yang alisha sekarang ni makin rapat dengan abah dia kan.. Ohya, makin rapat yang saya maksudkan tu, takdalah sampai dengan saya tak rapat langsung... dengan saya tetap rapat macam biasa cuma dengan abah dia ni, dari biasa2 jadi makin rapat... (",)
Alisha telah membuktikan yang dia memahami situasi @ keadaan ibu dia yang tengah mengandung ni.. hihii... Kalau u all nak tahu, time abah dia pergi kerja, apa yang dia nak, dia akan mintak tolong saya lah kan.. TAPI time abah dia ada dekat rumah.. segalanya dia akan suruh abah dia yang buat... hehehhe
Bagus sungguh Alisha ni.. bagi can dekat ibu dia berehat dalam bilik.. muahhahah... Kalau alisha nak minum air, dia suruh abah dia ambik.. nak makan oat, suruh abah dia buat, tak lupa jugak, kalau dia berak, dia suruh abah dia basuh... ahhahhahha
Macam semalam, my dear tegur Alisha bagitahu kuku alisha dah panjang.. so, alisha ni pergilah ambik pengepit kuku suruh abah dia potong tapi abah dia malas & bagi pengepit kuku tu dekat saya & suruh saya potong... Alisha yang bagus ni, boleh ambik semula pengepit kuku tu & pergi bagi semula dekat abah dia sambil cakap "Abah, potong.." 2 3 kali duk ulang ayat yang sama.. maklumlah, abahnya malas, sibuk sangat duk main game.. Last2, Alisha kuatkan suara dia.. "Abah, potong"... hahhahahh... Saya & my dear, bantai gelak.. yela, nak jugak suruh abah dia... ahhahhah...
Baguslah alisha ni... bersenang lenang saya di malam hari.. hihii... Bukan apa u all, sekarang ni baby dah gerak aktif.. so, malam2 saya lebih suka berehat atas katil sambil baca buku..hehheh.. Opssttt time pregnant saya memang akan luangkan masa untuk membaca apa sahaja bahan bacaan, yela, nak latih awai2 bagi baby nanti minat buku macam kakak dia jugak.. hihii.. Sekarang ni pulak, saya dalam proses nak buat balik kira2 @ matematik.. Semuanya untuk adik alisha.. Emmm nasib baik dalam hp saya dah ada macam2 surah.. bolehlah bagi baby dengar.. tu yang malam, saya lebih suka berehat... Didik baby awai2.. Hanya 3 bulan je lagi baby ni dalam kandungan... (",)