Ini cara saya??.. Cara untuk apa tu yer.. hihii.. Kali ni saya saja suka2 nak buat entry cara saya berblog.. hihii.. Saya berblog actually tak sampai lagi setahun.. lebih kurang 8 bulan setengah la saya mengenali dunia blog ni.. Mula2 rasa berblog ni biasa2 je tapi lama2 bila dah ada ramai kawan2 kat alam maya ni.. berblog jadi sangat best!! hihii
Dulu mula2 saya pernah terfikir.. siapalah yang akan follow saya.. siapalah yang akan baca entry saya.. siapalah yang akan komen entry saya.. sampai saya rasa pelik tengok blog orang lain yang ramai sangat followernya... hihii tapi lama2 dah tak pelik tapi rasa macam syok pulak nak jadi macam mereka.. kalau dapat jadi macam DIA NI lagi best.. muahhahah
Follower saya takdalah ramai sangat macam orang lain yang dah ribu riban tu.. (",) Mula2 dulu ketika saya nak cari follower @ kawan2 berblog, saya sentiasa join segmen.. sebabnya dari situlah saya dapat terjah blog2 yang tak pernah saya terjah sebelum ni.. Time tu jugak saya akan follow mereka.. jika bernasib baik, mereka jugak akan follow saya... (",)
Bila blogger yang saya dah follow makin ramai.. makin senanglah saya nak terjah blog mereka.. Saya jugak akan komen setiap entry yang saya baca & akan tinggal jejak di kotak jerit mereka.. Dari jejak yang telah saya tinggalkan ni jugak, dapat membantu mereka untuk menerjah ke blog saya.. secara tak langsung, blog kita jugak dapat pengomen.. (",)
Saya akan berusaha untuk menerjah setiap blog yang telah saya listkan untuk diterjah setiap hari.. dari sinilah lama2 kita boleh dapat pengomen setia di blog kita... hihii.. bukan setakat pengomen tapi lama2 mereka ni jugaklah yang jadi kawan rapat kita dekat alam maya.. contohnya sekarang saya dah makin rapat dengan NISA & KAK FIEDA.. Rapat yang saya maksudkan tu adalah seperti kadang2 kami berborak dekat FB ke H/P ke kiranya takdalah setakat di blog je.. hihii
U all yang lain2 pun sama tau.. saya pun nak jadi kawan alam maya yang rapat jugak dengan u all.. thats y sekarang saya sentiasa terjah blog u all setiap hari.. kalau u all takda entry baru, saya tinggal jejak dekat kotak jerit.. hihii.. Bukan apa, kawan alam maya ni je lah kawan saya.. dekat sini saya takda kawan.. hanya ada my dear & alisha je..
Bagi saya.. apabila kita masuk & baca entry & komen dekat blog orang lain... orang lain pun akan buat macam tu dekat kita.. kita baik dengan orang, orang lain pun akan baik dengan kita... kita mesra dengan orang, orang lain pun akan mesra dengan kita... kiranya give & take la.. hihi (^_^)