Sepatutnya, dari alisha first day demam lagi saya dah buat macam ni... tapi tu la... adehhh... hari ke empat baru nak buat... tu pun selepas saya bertekad.. tak leh ikut sangat rentak si alisha ni.. nak kena paksa jugak...
So, hari khamis minggu lepas @ tengahari.. bermulalah sesi mengubati @ paksaan terhadap alisha.. hahaha..
- Alisha taknak makan TAPI SAYA TETAP "PAKSA" ALISHA MAKAN WALAUPUN 2 3 MULUT
- Alisha taknak makan ubat TAPI SAYA TETAP "PAKSA" WALAUPUN ALISHA MENANGIS.. sebenarnya sebelum2 ni, dia ok je makan ubat, tapi time demam tu, sajelah dia nak buat perangai... last2 dia makan jugak.. hehhe
- Saya ambik kain yang dah direndam dengan air asam jawa, letak atas dahi dia... ALISHA MENANGIS TAKNAK LETAK.. TAPI SAYA "PAKSA" JUGAK... kalau ikut rentak anak kita... time demam semua dia tak nak.. menangis mereka nak.. so, kita sebagai ibu ni pulak yang nak kena mainkan peranan... kikikiii
- Lepas tu saya bagi alisha minum air barli... Sambil alisha minum tu pun, saya letak kain basah rendaman air asam jawa tadi atas kepala dia... hahahhah... Alaaa, MULA2 NAK LETAK JE ALISHA MENANGIS... LEPAS TU, DIA YANG SURUH KITA LETAK... muahhahha
- Saya kerap mandikan alisha.. pendek kata, time tu, alisha hanya pakai pampers je la dekat rumah.. senang nak bagi mandi... hihihiii
- Paling last sekali, masa nak mandi petang tu, lepas saya mandikan alisha bersih2, saya MANDIKAN ALISHA DENGAN AIR AIS..
U all bayanglah.. saya start lakukan + tekad nak lakukannya bermula pukul 2 petang hari khamis tu & badan alisha kebah sepenuhnya tanpa ada panas2 sebelum pukul 7 malam hari tersebut... hanya beberapa jam sahaja alisha boleh back to normal...
Tu yang saya frust tu, kenapa dari hari pertama tu saya tak buat... ikut sangat rentak alisha... Yela, biasa, kita ibu2 ni, bila anak tak sihat, kita nak buat macam tu or buat macam ni, bagi benda tu or bagi benda ni mereka akan menolak @ tak nak.. bila anak tak nak, kita pun mulalah surrender @ ikut rentak mereka... walau hakikatnya apa yang kita nak buat tu, untuk kebaikan mereka... nak sembuhkan demam mereka (",)
Tapi hari yang keempat tu, alisha pulak kena ikut rentak ibu dia... Akhirnya ibu alisha berjaya mengubati alisha... hihihii.. Ohya, kita kena bijak main peranan jugak.. maksud saya cara memujuk anak tu... janganlah anak taknak, kita paksa sampai marah2 anak tu.. gunakan kepandaian "psikologi" kita tu.. (",)