Sebelum ni saya pernah cerita dekat u all yang Alisha suka makan buah kurma kan.. sekali hadap 2 3 bijik.. tapi sekarang ni lagi hebat... sekali hadap sampai 6 7 bijik kurma... dah gaya macam makan nasik pulak.. tak kenyang tak berhenti.. hehhe... Agaknya sebab dari dalam kandungan lagi kot alisha dah biasa makan kurma, tu yang sekarang ni suka sangat dengan buah kurma.. (",)
Saya pernah buat entry pasal khasiat kurma untuk Ibu mengandung, untuk mereka yang tak mengandung & pengalaman saya makan buah kurma kan... So, hari ni, nak cerita pasal kebaikan memakan buah kurma bagi kanak-kanak pulak.. (",)
Buah kurma ni sangat2 lah banyak kebaikannya.. Kalau anak2 kita makan buah kurma, ia dapat membantu anak2 kita dalam menguatkan daya tahan tubuh, meningkatkan stamina, menggalakkan pertumbuhan tulang & membentuk minda anak2 yang cerdas.. Buah kurma jugak mampu membentuk anak2 kita berperibadi luhur... So, jika anak2 u all suka makan kurma, teruskan bagi mereka makan..
Jadikan buah kurma sebagai snek untuk mereka... Jangan risau pasal buah kurma ni manis.. kerana buah kurma takkan menyebabkan kita kencing manis pun.. (",) Dari segi perubatan, amalan memakan buah kurma setiap hari boleh mengurangkan risiko kita diserang penyakit kronik seperti jantung & kencing manis (",)
Ohya, ambik sebijik kurma setiap hari, sudah cukup untuk memberi tenaga kepada kanak2 yang sedang membesar (",)