Buah kiwi ni memang banyak khasiatnya... Tak semestinya untuk ibu2 mengandung je... tak mengandung pun bagus makan... Cuma kat sini saya nak terangkan khasiat @ peranan buah kiwi untuk ibu2 yang mengandung... Buah kiwi ni SANGAT2 BAGUS UNTUK IBU2 MENGANDUNG YANG TAK MAMPU UNTUK MENELAN VITAMIN yang telah diberi oleh nurse...
Saya memang sukalah buah kiwi ni... sedap.. sebab saya selalu dapat yang manis2 je..hihii... Ohya, meh nak cerita dekat u all kenapa saya cakap buah kiwi ni bagus untuk ibu2 mengandung... (",)
First... buah kiwi adalah buah yang KAYA DENGAN VITAMIN C... Kalau u all pikir buah oren dah cukup kaya vitamin C... u all silap.. sebab buah kiwi lagi kaya... SEBIJIK BUAH KIWI BERSAMAAN DENGAN 3 BIJIK BUAH OREN... Fuyooooo dasyat tu...hihiii.. Seperti yang u all tahu.. vitamin c sangat penting untuk ibu2 mengandung... sebabnya vitamin c ni berfungsi sebagai membantu menyerap zat besi... Di mana u all sendiri pun tahu, betapa pentingnya zat besi untuk ibu2 yang mengandung ni... Barulah Hemoglobin kita tu cun... hihiii
Second... Buah kiwi MEMPUNYAI ASID FOLIK YANG TINGGI... Seperti yang dah sedia maklum.. asid folik bertujuan untuk mengelakkan kecacatan saraf bayi ketika dilahirkan nanti... nampak tak dekat sini.. betapa bagusnya buah kiwi ni.. kalau tak lalu telan asid folik or susu... temporary, telan je buah kiwi ni... nanti dah boleh telan asid folik.. barulah telan.. ianya lebih baik dari kita tak ambik asid folik langsung kan.. (',)
Third... Buah kiwi MEMPUNYAI SERAT... dengan kata lain.. dapat mengelakkan kita dari sembelit.. Ohya, untuk pengetahuan u all jugak...SEBIJIK BUAH KIWI BERSAMAAN SEMANGKUK BIJIRIN... banyakkan... semangkuk tu... tak padan dengan buah kiwi yang kecik tu..hihii
So, untuk ibu2 mengandung... ada rasa tergoda tak dengan penceritaan saya ni..hihiii... Buah kiwi ni ada banyak nutrien tau... sebiji buah kiwi mengandungi 60 kalori... jika u all makan 2 biji buah kiwi yang bersaiz sederhana ia membekalkan kita pelbagai nutrien yang diperlukan dalam gizi makanan... (",)