Ibu2 mengandung ni sentiasa adalah masalah hemoglobin @ hb rendahkan... Saya masa mengandungkan alisha, cukup risau setiap kali nak ambik darah nak check hb... Yela, bila rendah, mulalah sticker dekat buku pink tu jadi hijau.. walaupun di bulan terakhir mengandung, kantoi jugak.. sticker dari putih dah bertukar hijau..hihii
So, untuk kali ni, saya nak berjaga2 supaya hb tak rendah walaupun sticker memang dah hijau sebab low weight.. muahhahha... Dulukan, saya pernah tanya wife sepupu saya, apa yang dia makan sampai hb 14 sedangkan saya masa tu hanya 11 lebih je.. sekadar cukup2 makan..hihii
So, antara tips yang saya dapat dari dia & kawan2 yang lain adalah...
1) Sebelum checkup... makan makanan yang mengandungi sumber zat besi... macam isteri sepupu saya tu... kebetulan sebelum pergi checkup dia makan kuew teow kerang..
2) 2 3 hari sebelum pergi checkup tu.. pulun banyak2 makan zat besi.. hahah... serius tau.. saya buat camnilah dulu... 2 3 hari tu, asyik makan hati ayam lah, hati lembulah, sayur bayamlah... iron tablet tak pernah miss..hihii... Sekali check, hb dah tinggi tapi tak ingat berapalah...
3) Makan iron tablet bersama dengan minuman yang kaya dengan vitamin c macam air oren ke.. sebabnya seperti yang u all tahu, vitamin c ni membantu penyerapan zat besi...
4) Jangan lupa makan iron tablet
SUMBER ZAT BESI
Hati
Tiram
Kerang
Sayur bayam
Kacang
Jambu batu & macam2 lagilah...
Zat besi ni sangat2 penting.. lebih2 lagi untuk kita ibu mengandung ni.. yela, sumber makanan anak melalui darah kita tu.. Kalau kekurangan darah mulalah kita akan dapat penyakit ANEMIA.. thats y kene jaga2... untuk kesihatan kita & anak...
Ohya, pasal 2 3 hari sebelum checkup tu saya suruh u all pulun makan makanan yang ada zat besi kan sebabnya, macam saya baru ni.. sebelum pergi buat buku pink, saya memang makan sayur bayam.. siap meratah lagi.. tu yang sekali check, dapatlah hb 13.5.. berbanding masa alisha dulu hanya dapat 12.2 sahaja... (",)
P/s : Nurse suka cakap ayat yang menakutkan kita tentang apa yang berlaku bila hb low, so, kata2 nurse tu lah saya ambik secara positif untuk buat saya sentiasa berusaha hb tak kurang dari 11...