Kalau sebelum ni, saya dah pernah cerita dekat u all yang anak saya ni dah pandai bergaya dengan memakai kasut tumit tinggilah... pakai spek mata hitam lah... guna safi rania gold la... So, kali ni nak cerita perkembangan terbaru alisha dalam bidang penggayaan..hihiii...
Nak letak jugak walaupun gambar ni kabur..hehhehhe
Alisha sekarang ni dah start menyukai HANDBAG saya... Setiap kali nak keluar berjalan.. dia lah yang paling sibuk memegang handbag saya... Saya yang tengok ni kadang2 kesian.. bukan apa, handbag saya tu penuh dengan barang.. so, beratlah dia bawak... kadang tu sampai dia heret handbag saya tu...hahahhahhah
Macam masa kami nak pergi kenduri baru ni... dia nak bawak handbag saya.. sebab berat, saya gantikan dengan beg yang terisi pampers dia... So, bag yang dalam gambar tu... bag yang terisi pampers dia la.. tu yang dia maintain je galas bag tu.. ala2 gaya mak datin memegang handbag... Muahahhahha... Alisha cakap, untuk kelihatan lebih bergaya, handbag kene pegang paras siku sahaja...hahahhhahah
Gambar ni pulak saya saja tempek sebab suka tengok rambut alisha yang kemas... selalu rambut tengah serabai je...hahahhahahha
nanti agaknya minta dipakaikan lipstik..hikhk