Perbualan yang mampu membuat airmata saya mengalir bercucuran...

Tadi ketika saya blogwalking di blog Nita.. saya terjumpa entry yang sangat2 buat saya tersentuh... sedih sangat... Ia berkenaan kisah perbualan antara TUHAN & BAYI DI DALAM KANDUNGAN... Saya nak share jugak perbualan tersebut dekat entry ni... Baca sampai noktah terakhir tau....



♥♥ PERBUALAN SEORANG BAYI SEBELUM KELAHIRANNYA ♥♥


Adalah dikisahkan….pada ketika seorang bayi akan dilahirkan ke dunia nyata.

* Bayi itu bertanya kepada Tuhan : “Para malaikat di sini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya ke dunia, tetapi bagaimana cara saya hidup di sana? Saya begitu kecil dan lemah.”

Tuhan menjawab: “Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Dia akan menjaga dan mengasihimu dengan sepenuh hatinya.”

* Bayi bertanya lagi: “Tetapi disini, didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa…Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia.”

Tuhan menjawab: “Malaikat mu nanti akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia di sana”

* Bayi bertanya lagi: “Bagaimana mungkin saya dapat memahami orang-orang bercakap dengan saya sedangkan saya tidak memahami bahasa mereka?”

Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar. Dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara untuk berkata-kata.”

* Bayi bertanya lagi: “Apakah yang boleh saya lakukan ketika saya ingin berbicara kepadaMu?”

Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa dan bermunajat kepadaKu.”

* Bayi bertanya lagi:”Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya nanti?”

Tuhan menjawab: “Malaikatmu lah yang akan melindungimu, walaupun mungkin jiwa dan raga terpaksa dikorbankannya.’

* Bayi bertanya lagi: “Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak lagi dapat melihatMu lagi.”

Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku dan akan mengajarkan bagaimana kamu nanti akan kembali juga kepadaKu, walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu.”

Pada saat itu, Syurga begitu tenang dan hening sehingga suara dari Bumi dapat jelas kedengaran.

* Dan sang bayi bertanya perlahan : “Tuhan, jika saya terpaksa pergi sekarang ini, bolehkah Kamu khabarkan kepadaku nama malaikat yang Kamu maksudkan itu?”

Tuhan menjawab: “Kamu akan memanggil malaikatmu itu sebagai “IBU”. Maka ingatlah, sentiasa kamu berkasih sayang dengannya dan menghargai setiap pengorbanan ibu mu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa. Dialah satu-satunya harta mu yang tiada galang gantinya, dunia mahupun akhirat.”

Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak mu yang sedang membesar. Sesungguh nya Syurga itu dibawah telapak kakimu.
___________________________________________________________________________________
Selepas saya baca perbualan ni... air mata saya mengalir dengan sangat deras... tiba2 saya teringat dekat mak saya... HARGAILAH MAK KITA SELAGI MEREKA MASIH ADA... Lagi satu, saya jugak terfikir... Macamana dengan bayi yang dibuang oleh ibunya tu... macamana mereka nak anggap ibu mereka tu malaikat.. macamana mereka nak rasa selamat berada dekat dunia ni kalau ibu mereka yang dianggap sebagai malaikat tu pun tak dapat memberi jaminan keselamatan mereka... Ya Allah.. Kau lindungilah semua bayi2 yang ada dekat dunia ni... Kita sebagai ibu ni pun.. haruslah buktikan yang kita mampu menjadi "MALAIKAT" Yang dimaksudkan olehNYA... Sama2lah kita mendidik @ menjaga anak kita menjadi insan yang berguna Dunia & akhirat.. InsyaAllah....


{ 33 comments.. read them below or add one }

fieda fieda April 03, 2012
betul ina..mmg sebak dibuatnya...lagi sedih bile mengenangkan bayi2 yg dibuang tu..mereka sgt mengharapkan untuk hidup bahagia bersama malaikat mereka apabila berada di dunia tapi sebaliknya...mmg sedih..
NMH NMH April 03, 2012
seriusly tersentuh bila baca part malaikat tu ibu...masyaAllah...
misshannajr misshannajr April 03, 2012
sedihnya...lepas tahu ini patutnya para ibu kena jadi 'MALAIKAT' itu..kena cakap ayat yang indah2 untuk anak..kena bimbing...betapa rupanya kita takut nak lahir ke dunia ini
Falsya Falsya April 03, 2012
inaaaa...sedih la ina baca nie..tertouching plak..
nur anis nur anis April 03, 2012
tak sabar nak balik kerja jumpa mak saya...
Unknown Unknown April 03, 2012
alahai..
baca sambil kesat air mata sorok2
~kat opis ni
- AZIE - - AZIE - April 03, 2012
pernah baca jgk artikel nie..memg tacing btl
✿ n.i.e.y.x.z.h.a ✿ ™ ✿ n.i.e.y.x.z.h.a ✿ ™ April 03, 2012
kadang-kadang bile bace kes buang bayi tu.. terlintas jugak di kepala ni, si ibu tu takkan tak merasa sedikit pon kesian pada darah daging sendiri... takkan tak merindui saat baby tu bergerak-gerak lam perut... takkan takde sekelumit kasih buat bayi tu... jangan la pendek akal hanya kerana nafsu...

nauzubillah...
Myra Jay Myra Jay April 03, 2012
Kesian pada bayi yang tidak berdosa yang masih tidak mengerti dibuang oleh IBUNYA sendiri..

Sekurang-kurangnya berilah pada mereka yang memerlukan.
emarieys emarieys April 03, 2012
sangat touching kan...ibu jenis apa yang sanggup buang bayi sendiri
AnonymousAnonymous April 03, 2012
sedih...campur bangga sebab diberi peluang oleh Allah untuk menjadi IBU...
Mimie Mimie April 03, 2012
Allahuakbar!!!

Sangat sangat sedih baca entry nih....
kurus kurus April 03, 2012
meremang dan berdebar2 akak dik bila baca kisah nie , walau bukan pertama kali akak baca .. akak pernah dpt email pasal perbualan ini ..

memang sgt2 menyentuh jiwa kita
bertuahlah kita kerana terpilih menjadi ibu , dan berbanggalah kita kerana kita berIBU .. ;)
QA's ~ mamapapa QA's ~ mamapapa April 03, 2012
aduuuhhhh...air mata sy pn turut bercucuran ni..mohon konsi,ye :))
Wanieys a.k.a IbuQalief Wanieys a.k.a IbuQalief April 03, 2012
mmg tersentuh hati....
semoga anak-anak kecil sentiasa terpelihara
umiawadah umiawadah April 03, 2012
ye...sungguh tersentuh...naluri keibuan ini yang menyebabkan hati sangat tersentuh bila hayati betul2...tiba-tiba rasa kasihan yang amat pada anak2 kecil ni..
.:fyzz:. .:fyzz:. April 03, 2012
so touching..tmbh2 fyzz yg bakal jadi ibu nih...
emm baru malam tdi pi umah mak..lepak2 jap..sambil minum air..mak masih kupaskan buah kt fyzz..sayang sgt kt mak
mimie.. mimie.. April 03, 2012
insyaAllah ina...sedih bila baca cerita ni... T_T
sal ya sal ya April 03, 2012
jgn sedih2. kena happy baru baby happy juga. hehehe...
Cikrosecute Cikrosecute April 03, 2012
story yg menarik intan...tq for sharing...
IBU AQIL IBU AQIL April 03, 2012
betul..ibubapa tiada galang gantinya...
Puan Kutu Puan Kutu April 03, 2012
pernah baca juga..ibu mmg umpama malaikat bagi anak.hargai selagi mereka masih ada.macam sy hanya mampu doa..:)
Fiza Rahman Fiza Rahman April 03, 2012
Sangat menyentuh naluri keibuanku. Teringat nasib bayi2 yg di buang.
mummyrinazone beauty mummyrinazone beauty April 03, 2012
sedihla..minggunie dah cukup sedih buat nurul..nnt esok nurul kongsikn result ultrasound sofia semalam..mmg sedih bila kngkn anak2ni
Dayang Deno Dayang Deno April 03, 2012
deno pernah terbaca kisah ini di fB.. mmg menyentuh perasaan...
ida =) ida =) April 03, 2012
Touching..... First time baca
Salina Mat Isa Salina Mat Isa April 03, 2012
semoga dpt jadi sprti malaikat yg dmksudkn..
eita eita April 03, 2012
tu lah kan..
terfikir jugak macamana lah diorang sanggup buang anak macam tu je...
asYDhia asYDhia March 12, 2013
rasa nak nangis...semoga mampu menjadi "malaikat" yang terbaik utk anak2 huhu