Cool Fever tidak elok letak di dahi?

Di entri ni, saya ada buat P/S yang orang kata COOL FEVER tak elok tempek dekat dahi kan (ada yang tanya kenapa, so, saya terus cari maklumat apa yang saya baca sebelum ni).. dari apa yang saya pernah baca sebelum ni, alasannya dekat belakang dahi tu ada otak & jika suhu badan panas, ia menarik panas tersebut berkumpul di situ.. Jika ianya dilakukan dengan kerap, ia boleh menyebabkan kerosakan otak yang dikenali sebagai CEREBRAL PALSY (sumber).. Ini yang saya baca sebelum ni tau... alaa tu pun baru beberapa minggu saya baca..  Tapi semalam saya godek2 semula.. cari kisah pasal ni.. RUPA2NYA IANYA SALAH..!!! SO, JANGAN PERCAYA YANG JIKA TEMPEK COOL FEVER DEKAT DAHI BOLEH BERLAKU KEROSAKAN OTAK... *Banyak plak rasanya cerita2 yang tak betoi tersebar kat FB 

SUMBER - SILA BACA KOMEN DR HALINA YANG SAYA DAH HIGHLIGHT TU

LAGI SATU, SAYA TERBACA JUGAK YANG KONONNYA DR HALINA CAKAP COOL FEVER NI TAK BOLEH LETAK SETEMPAT.. KENE UBAH2... KIRANYA MACAM LETAK KAT DAHI, PASTU TUKAR LETAK KAT BELAKANG.. KIRA KEDUDUKANNYA TAK TETAPLA... YANG NI PUN JANGAN PERCAYA JUGAK.. DR HALINA CAKAP LAIN, TAPI DORANG YANG TAFSIR LAIN.. KIRANYA DAH BERLAKU SALAH PAHAM LA NI... 

MAKSUD DR HALINA SEBENARNYA LETAK TUALA BASAH KE TEMPAT YANG BERBEZA2 DEKAT BADAN ANAK2 KITA DAPAT BANTU MERAWAT @ MENGURANGKAN SUHU BADAN ANAK KITA TU... BUKANNYA COOL FEVER YANG DIUBAH2 KEDUDUKANNYA TAPI KAIN BASAH TU YANG DIUBAH2... LAGI SATU JUGAK, COOL FEVER TAKDANYA BOLEH MENYEBABKAN CEREBRAL PALSY JIKA TEMPEK KAT DAHI

Senang cakap, TUALA BASAH TU LAGI BAGUIH DARI COOL FEVER... tapi kalau nak guna cool fever pun boleh je.. dalam masa yang sama, kita letak jugak kain basah.. 

lagi info di sini
Ya Allah Ya Tuhanku... Kau kuatkanlah semangat MOHAMAD NAZREN BIN AHMAD TAZARI untuk berusaha kembali pulih seperti sediakala.. kau ampunilah dosa beliau & seluruh hambaMu di muka bumi ini. Sesungguhnya hanya kepadaMu aku memohon.

{ 27 comments.. read them below or add one }

QasehnyaRania QasehnyaRania November 29, 2013
Tak pernah guna.hihi
thanks share myb berguna di mSa depan
Mimie Mimie November 29, 2013
hahaha...lain yg dimaksudkan lain yg difahamkan
Mrs Z Mrs Z November 29, 2013
sejak anak no 2 kena serang demam sawan hari tu, dah tak berani pakai cool fever... sbb masa kejadian humaira pakai cool fever kat dahi, mmg letak kat dahi je..x ubah tempat ...mmg ada yg ckp cool fever tu serap panas sampai ke kepala..

1st time demam, 1st time jgk kena sawan... lepas2 tu di demam, lebih rela tak tidur sbb nak jerlum badan kepala dia... huhuhu...
Unknown Unknown November 29, 2013
hahaha...besar giler tulisan..good job kak ina..sebarkan kebenarannya..sokong akk..heee
Unknown Unknown November 29, 2013
shima guna cool fever bila abg shima belikan... tak pernah beli hahahaha..
Sekarang nak bebaskan anak dengan ubat demam dan ubat batuk, selesema dll..
Permata Malap Permata Malap November 29, 2013
wah,terima kasih atas info ni,kak..hehe..IbuNoey pun silap tafsir sebelum ni..;)
jamilahamzah jamilahamzah November 29, 2013
haha.. tu la pelik tetiba suma orang kata x boleh letak coolfever kat dahi..
DYatie ABakar DYatie ABakar November 29, 2013
ramai orang sekarang ni yang simply tafsir apa orang cakap guna teori depa ja~
Mrs Velentine Mrs Velentine November 29, 2013
oh mcm tue eh..susah pulak ek nak tau benda betul ker tak skg ni
emarieys emarieys November 29, 2013
kena banyak buat reserach bila org tanya tentang sesuatu.elok ambil pendapat dr org yang pakar kan..mcm doktor..
Unknown Unknown November 29, 2013
oo....salah paham la rupanya ni..hihi...terima kasih akak sanggup searchkan untuk nana:)
Unknown Unknown November 29, 2013
owh kisahnye..x penah lak deqla guna cool fever ni..
caliph shuriken caliph shuriken November 30, 2013
baru2 ni sy demam.. sy tempek jaa cool fever tu smpai pagi.. alhamdulillah, berkesan ^^
ida =) ida =) November 30, 2013
Yang ulas tu, dia maybe tak baca habis...
SeputihSalju SeputihSalju November 30, 2013
ok la tuh.. sekurang2nya kita dah tau fakta yang betul.. :-)
Unknown Unknown November 30, 2013
betul kak.. letak tuala kecik di basahkan lagi bagus dari pakai benda2 yg lain..
Maria Firdz Maria Firdz December 02, 2013
ank sy x suka letak ni.. guna natral remedy.. air asam jawa je.. petua turun temurun..
haryati haryati December 02, 2013
erm camtu ke? tuala basah lagi elok dr cool fever....
Puan Kutu Puan Kutu December 03, 2013
terima kasih ina atas pencerahan..sy klu ank demam mmg tak pernah guna cool fever.pkai tuala basah je
aziazib aziazib December 03, 2013
anak sy xsuka letak tuala basah. cool fever pn sama.. huhu
Izan Ishak Izan Ishak December 03, 2013
byk maklumat tak benar yg org suka share kat fb... dan inilah salah satunya.

k.izan pun biasa letak tuala basah je. tak pernah tepek kool fever pun.
Unknown Unknown December 04, 2013
letak tuala basah,pakaikan baju jarang2,pastu mandikan kerap sikit, boleh juga, akak buat mcm tu bila anak demam
QasehnyaRania QasehnyaRania December 06, 2013
cer tgk n3 izan mama mia. kak izan guna kaedah lama buat cool fever. hi hi i
AnonymousAnonymous December 25, 2013
Tima kasih bg info ni..sy blajar ssuatu hrni
zainab MR zainab MR April 07, 2015
Sebelum ni Sy biasa lap kan dgn air asam jawa kalau ank demam panas..Sekarang sy lap dan basahkn tuala dgn air basic H..cpt je sejuk badan baby