Alisha seolah2 tak sedar?

Firstly saya nak ucap Terima kasih pada u all yang hantar mesej & komen2 dekat blog & FB.. Alhamdulillah Alisha dah sihat.. Tapi kan u all.... ada benda yang buat saya risau..

Sebelum ni saya pernah gtau u all yang Alisha suka menangis kan.. kadang2 tengah2 tidur terjaga menangis.. sebelum tidur pun kadang2 dia nak tu nak ni.. ada je yang dia rasa tak kene, pastu dia menangis.. Bukan menangis biasa tu, tapi menangis seolah2 kene dera tu.. satu taman boleh dengar.. Bayanglah pukul 1 2 pagi menangis.. time orang tengah lena tidur...

Kalau jadi gini sebelum2 ni, saya ambik pendekatan diam.. pujuk Alisha.. tapi my dear kadang2 datang jugak "angin" kan.. Yela, menangis sampai tak ingat dunia gayanya... Semalam sebelum tidur pun Alisha jadi camni.. bermula dengan dia nak apa pun saya tak pasti, tapi bila bagi barang tu barang ni semua bukan.. pastu dalam duk menangis tu dia gtau nak kencing plak.. saya bawak g tandas.. dah kencing tak mau keluar2.. duk cakap "Isha nak kencing".. Last2 saya terus angkat dia naik atas katil.. dia menangis2 & duk tarik2 tangan saya ajak g tandas, dia nak kencing.. 2 3 kali jadi camni, saya layankan je... Ohya, semua aksi ni dalam keadaan Alisha menangis ni tau...

Aqilah yang tengah tidur pun terjaga.. Saya pegang Alisha, my dear pegang Aqilah.. Last2 saya gtau my dear  suruh ambik Alisha & bacalah ayat2 dekat Alisha.. ntah2 dia ada nampak apa2 ke.. or ada "sesuatu" dekat dia ke.. mana kita tahu kan.. lebih2 lagi badan, baru nak baik demam.. kot2 badan masih lemah... My dear ambik Alisha. lagi kuat Alisha meraung... biasanya kalu menangis, Alisha memang nak dengan saya je... my dear baca2 dekat Alisha, Alisha yang ada dalam pelukan my dear tu, hulur tangan ke arah saya cakap "Nak ibu.. nak ibu..".. "Isha nak tidur, nak peluk".. Bila saya dengar Alisha kata nak tidur & nak peluk, saya ambik Alisha & peluk dia.. terus dia lena.. 

Saya tak pasti kenapa Alisha suka2 nangis camtu... saya rasa nak ajak my dear g try rawatan islam la..  tak kisahla ada "sesuatu" or takda.. at least mintak air penawar jangan bagi menangis... Ohya, biasanya kalu Alisha menangis2 camgini, Alisha mesti garu2 badan dia melebihi dari biasa tau.. Alisha ni dia ada masalah kulit.. dia gatal tapi tak nampak kegatalan tu dari luar... ke dia menangis sebab tak tahan badan gatal sangat.. ke apa.. ntahla..

Sementara anak2 nak besar.. inlah antara dugaan2nya..
Ya Allah Ya Tuhanku... Kau kuatkanlah semangat MOHAMAD NAZREN BIN AHMAD TAZARI untuk berusaha kembali pulih seperti sediakala.. kau ampunilah dosa beliau & seluruh hambaMu di muka bumi ini. Sesungguhnya hanya kepadaMu aku memohon.

{ 35 comments.. read them below or add one }

syawalsimpsons syawalsimpsons November 20, 2013
better G buat rawatan pon elok jugak..antara benda yang kiter tak tau ayau tahu kan..at least ada inisiatif untuk anak2 kan...risau pulok sue baca ni
Fiza Rahman Fiza Rahman November 20, 2013
Siannya alisha. Bawa jumpa ustaz lah ina.
~emi~ ~emi~ November 20, 2013
Setuju. baik pi jumpa pakar rawtaan islam. Jumpa pakar rawatan islam ni x semestinya utk buang benda2 ghaib je/ubat penyakit je. Akak pergi la Darul Syifa. Kakak sy selalu pergi situ kalau pasal anak ni. Tapi akak kena pergi awal pagi la..sebab ramai orang. Moga2 Alisha ok je.
permatabiru permatabiru November 20, 2013
try la cr penawar tradisional..
Maria Firdz Maria Firdz November 20, 2013
ank sy pnh juga mcm tu... rawatan utama..sy psg ayat rukyah smp ke pagi... kemudian buat pendinding...
bgi minum madu zafran yg siap bacaan 30 juz al-Quran, bagi makan kismis tok guru setiap hari terutama pagi, dan juga sapu minyak anugerah... disendi-sendi terutama pergelangan tgn dan blkang cuping telinga.. itu antara usaha-usaha zahir yg saya dan suami buat.. secara batinnya, doa dan solat hajat.. amalan yg sy selalu buat spy rumhtgga kita bebas dari ggu ni, insha-Allah... hafaz 3 ayat terakhir surah al-Hasyr dan amalkan setiap kali lepas solat fardhu... ayat ni ustaz sy suruh amalkan... utk suami isteri pun elok amalkan ... insha Allah hnya Allah tempat kita berlindung... cubalah... buat sendiri... doa ibu bapa tiada hijab dgn Allah... rukyah tu sy psg je dr phone atau tab smp ke pagi... sbb klu nk hafaz mmg byk dan pnjg ayatnya... download je dari internet...
Izyan Masri Izyan Masri November 20, 2013
ALISHA MENANGIS TU MCM ANAK AUNTY KITA.TAPI MAK DIA PASANGKAN AYAT2 ALQURAN,SURAH YAASIN HARI2 SATU RUMAH. HUHU
Shima Salleh Shima Salleh November 20, 2013
hemmm mungkin jgk nangis sebab dia gatal... tp tak salah gi merawat kan
Joanna Yunus Joanna Yunus November 20, 2013
cubalah rawatan islam ina... kita berusahakan...
mama_ka0ri mama_ka0ri November 20, 2013
aduhh..lama tak menjengah ke sini..nape ngan alisha?? kesiannya dia..harap alisha cepat sembuh..bawak la pegi jumpa ustaz mana2..mintak air penawar..
Masya Masya November 20, 2013
Sy nasihatkan ina pg klinik dulu.. bg tahu kes alisha ni.. dia mungkin gatal² badan, tp dia x pandai cakap.. xpun.. sebelum tidur.. ina lap badan dia.. pakai bedak berubat keluaran puren pun ade.. x pun bedak johnson.. bg dia selesa masa nak tdo dan basuhkan kaki dia.. sebab dia penat main seharian tu....

lepas tu kalau x berkesan barulah buat rawatan islam mcm kami dulu.. masa amir demam pun mcm tulah.. sebab amir demam tetiba jer bila tgh malam panas mendadak²... dan waktu panas selalu sama 12-4 pagi, sebab tu kami pg perubatan islam.. bila ubat klnik pun dia makan x ok...

moga ina kuat yer.. tabah tau.. mmg dugaan nak membesarkan anak² ni... sy pun sebak jugak baca entry ina.. tau dah penah merasakan..
Puan Mell Puan Mell November 20, 2013
ke kencing tak lawas. tu yg ajak g kencing je tu.. huhu..
Zie Fauzi Zie Fauzi November 20, 2013
kalau dah macam tu keadaan dia, better cari jalan... elok jgk kalau bawa buat rawatan islam...
Nor Azlina Teh Hassan Nor Azlina Teh Hassan November 20, 2013
kalau badan dia selalu gatal2 nani cuba guna: bodywashhttps://www.facebook.com/photo.php?fbid=10151978595346506&set=pcb.10151978598291506&type=1&relevant_count=3 anak aku pakai dia dh jarang menggaru..sabun ni diperbuat dari garam buluh..harga RM39 termasuk delivery ni bukan aku yg jual member aku..
Mrs Velentine Mrs Velentine November 20, 2013
baik pergi buat rawatan islam kak....done nuff
MamaFarah MamaFarah November 20, 2013
cubalah mana yang terbaik untuk anak..In Sha Allah..
Mimi Azirah Mimi Azirah November 20, 2013
better bawak berubat kak ina..
Mimi Azirah Mimi Azirah November 20, 2013
jentik exabytes n churps2 akak
Myra Jay Myra Jay November 20, 2013
sabar ye Ina, dugaan untuk menguji iman.. tak ksiah berubat mana pun asalkan kita usaha..
Mungkin jugak ada betulnya sangkaan Ina tu tp tulah kita xtau kan
IbuNoey IbuNoey November 20, 2013
kesian Alisha..baik bawak berubat jugak,kak.bukan nak percaya tahyul, tapi jin dan syaitan kan memang wujud..

AniqFiras pun sejak akhir-akhir ni selalu menangis tengah malam,kul 3 pagi.tak tahu apa puncanya..
NaZiRaH @ Ezyra NaZiRaH @ Ezyra November 20, 2013
ala kesiannya alisha,akak try la bagi minum air yasin ka, budak2 klu badan lemah memang diorag suka mamai2..mungkin alisha tak berapa nak baik betul lagi..hari tu pun lama juga dia demam kan, atau pun akak try g klinik lain, kekadang kita x boleh fokus satu klinik ja untuk pantau kesihatan...saya doakan alisha cepat sembuh..
Haryati Faizal Haryati Faizal November 20, 2013
cara alisha tu sebijik cam anak yati yg fawwaz tu, camtu lah dok menangis tp tk tau nak apa... nk kencing pun susah sgt nk bgtau...selalunya apa yg yati buat peluk dia bc ayat quran sket, urut2 bdn dia sket, mungkin siang tu dia dh penat main badan pun letih... pastu elok je dia tido balik...
zety zety November 20, 2013
ina, kdg2 anak2 demam nih mmg ade perangai sikit..lagi2 alisha demam lame..sbb badan panas mmg meragam sket..sabar k..bwk g jmpe ustaz pon ok..ikhtiar :)
Cik Nur™ Cik Nur™ November 20, 2013
elok juga akak nak bawa pegi rawatan islam tu...kalau boleh segerakan la yea kak, sian alisha....
Norfadhilah Abu Hassan Norfadhilah Abu Hassan November 21, 2013
mungkin ada "sesuatu" jugak. Anak saya pun pernah jd jugak nangis kuat2 tgh2 mlm @ awal pg. Nak ajak kluar dr dlm bilik. Kami baca ayat kursi & buka surah yassin.
♥  Cmª shIemª ♥ ♥ Cmª shIemª ♥ November 21, 2013
salam k.ina..

aduhai.. mmg menguji hari2 ibu..
elok akak rujuk hospt mengenai gatal2 pada alisha..dan satu lagi.YA! cuba buat rawatan altenatif..mana tahu berhasil..
Deqla Manjew Deqla Manjew November 21, 2013
yelah ina.. kena rujuk rawatan islam ni.. risau jugak kan kalo budak asik menangis je...
Rai Ourkizuna Rai Ourkizuna November 21, 2013
kesiannya alisha.. cuba lah buatkan air yasin ke.. bawak pergi pusat perubatan islam ke.. atau pun paling tidak bawa jumpa pakar kanak2.. kadang2 budak budak dia sakit tapi tak tau nak cakap mcm mana..
lizz lizz November 21, 2013
sianyer alisya kenapa jadi gitu...mungkin dia tak sihat...tapi kalo selalu jadi mcm ni kena bawak jumpa ustaz..takpun sebelem tdo ina bacakan suroh 3 kul tu tiup kat badan dia...
QasehnyaRania QasehnyaRania November 21, 2013
better pegi je rawatn islam.
nk ckp lebih lebih pon tak pasti kan

rasanya pernah jadi dkt anak mber jga masa kt jb.menangis tak tau sbb apa. seolah olah kita pukui dia.padahal tak pon.

kwn sy tu minta air penawar jga la.ok la lepas tu

azizah :) azizah :) November 22, 2013
budak2 kan kak..kdg2 menangis tanpa sebab.. nak cakap xtahu dia luahkan dgn menangis je..

kalau akak g rawatan islam pon ok juga.. dptkan air panawar kan.
Puan Kutu Puan Kutu November 25, 2013
sy setuju dengan yana..takkan la alisha nak nangis tanpa sebab..cuba pergi klinik dulu,klu tak jalan berubat cara kmpg tak pun pergi perubatan islam..

dugaan membesarkan anak sentiasa ada.kadang2 benda yg kita tak jangka boleh berlaku..bykkan doa semoga dipermudahkan