Maksud nama Ahmad Ammar

Alhamdulillah, untuk anak keempat ni, Tuhan permudahkan urusan kami... Alhamdulillah, bersalin pun mudah, bagi nama anak pun my dear terus setuju... Kalau ikutkan sebelum2 ni, bila saya cadangkan nama anak dekat my dear, mesti my dear akan suruh saya senaraikan lagi nama lain, lepas tu baru my dear buat pilihan... Tapi untuk anak keempat ni, bila saya bagitahu nak letak nama Ammar, my dear cuma cakap "nak tanya ustaz dulu apa maksud nama tersebut"... Itu je u all... berbunga2 hati saya, petanda ada rezeki anak saya akan dapat nama tersebut... muahhahhah

Tau tak, sebenarnya, saya bercita2 nak letak nama Ammar ni dari tahun 2013, di mana masa tu heboh diperkatakan pasal Ahmad Ammar yang syahid. Saya baca kisah beliau sehingga terdetik di hati nak namakan anak sempena nama beliau... Kalau u all nak tahu, dari kejadian tersebut, sehingga saya tahu mengandung anak lelaki, memang dah banyak kali saya suarakan hajat hati dekat my dear.. Tapi saya bukan nak namakan AHMAD AMMAR, saya cuma terdetik nak letak nama AMMAR, nama dipangkal tu, saya antara dua, samada nak letak nama AHMAD atau MOHAMAD. Memandangkan my dear nama depannya adalah Mohamad, kiranya kalau follow nama pangkal my dear pun ok juga... Tapi bila nak isi borang nama tu, my dear pilih nama AHMAD, memandangkan nama datuk my dear adalah AHMAD selain dari nama abah saya sendiri pun AHMAD juga dipangkalnya...


Makanya nama anak kami secara rasminya adalah AHMAD AMMAR... Kesimpulannya, nama AHMAD pilihan dari my dear, AMMAR pilihan dari saya... Alhamdulillah... 3 tahun lebih hasrat ini dipendam, akhirnya tahun ni tercapai hasrat saya untuk letak nama anak AHMAD AMMAR, di mana anak soleh Ammar ini adalah anak sulung lelaki kami... Moga ada rezeki kami lagi lepas ini untuk dapat anak lelaki.. InsyaAllah... Moga ada juga rezeki u all yang dalam usaha untuk dapatkan anak, tidak kira samada anak pertama atau pertambahan anak..



Maksud nama AHMAD AMMAR yang saya ambil dari website http://nama.crazyartzone.com adalah AHMAD bermaksud TERPUJI manakala AMMAR pula bermaksud YANG MEMAKMURKAN, YANG KUAT IMAN, PENERANG.. AllahuAkbar, bagaimana indahnya maksud nama tersebut, moga begitulah juga keindahan akhlak anak soleh kami ini, moga anak soleh Ammar menjadi insan yang bakal 'menggoncang' dunia demi agama.. InsyaAllah.. Kita fikir yang baik-baik, cakap yang bak-baik, tulis yang baik-baik, niat yang baik-baik, InsyaAllah yang baik juga akan berlaku.

"Ya Allah, Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"

5 comments.. read them below or add one

Mar Mansor Mar Mansor March 06, 2017
alhamdulillah..nama yang sangat cantik
Maria Firdz Maria Firdz March 06, 2017
Untuk nama Arab baik rujuk kat website ni...

http://www.almaany.com/ar/name/

Lebih tepat maksudnya ikut kamus Arab...

Kalau nk tahu maksud nama anak2 blh juga rujuk Group nama-nama indah yang bermakna... Memang ustazah2 yg pakar bahasa Arab dlm Group akan rujuk kamus Arab dalam menentukan makna dan gabungan nama yang baik..

Just Share je ye... Nama Ahmad Ammar tu mmg bagus maknanya...
Maria Firdz Maria Firdz March 06, 2017
Rujuk maksud Ammar utk ejaan dlm Arab yg lebih tepat...
'AMMAAR (عمار) / `AMMAARA (عمارة) - maksudnya
YG WARAK
Maria Firdz Maria Firdz March 06, 2017
Ahmad maksudnya yang lebih terpuji...
Muhammad maksudnya yang terpuji...

Maaf... Komen byk kali sebab nak perjelaskan maksud yg sebenarnya dari bahasa Arab yang betul.menurut kamus معجم عرب

Semoga dapat membantu... Dan anak kak ina jadi mujahid seindah namanya...
IntaNBerliaN IntaNBerliaN March 07, 2017
Terima kasih maria atas pencerahan... Terima kasih juga berkongsi link website tersebut... Bagus website tu, kak ina tak pernah tahu pun sebelum ni.. :)