Seposen kita bagi, seringgit kita dapat balik

Masa saya kecik2 kan, mak saya selalu cakap "kalau kita sedekah dekat orang seposen, nanti seringgit Tuhan bagi kita balik.. kalau kita ambik duit orang seposen, nanti duit kita hilang seringgit"... Ayat ni kira macam mak saya nak bagi saya paham la masa kecik2 dulu, apa kebaikan sedekah & apa keburukan ambik barang orang..

Saya masa kecik selalu gak ikut abah g pasar.. Bila kat pasar kan ada yang duduk tepi2 kaki lima minta sedekah kan... setiap kali saya jumpa, pasti saya akan sedekah.. tak banyak pun, sen2 je u all.. budak2 lagi kan.. tu pun saya g mintak duit abah.. (^_^).. Saya cukup tak boleh tengok orang minta sedekah ni.. lebih2 lagi kalau pakcik2 makcik2.. mulalah nak bergenang2 airmata tu haa... sedih bayang nasib mereka... sampai sekarang saya memang tak boleh jumpa rasa sebak.. tapi kalau saya jumpa mereka, insyaAllah adalah sedikit "rezeki" untuk mereka...

Saya percaya, rezeki kita takkan kurang kalau kita bersedekah.. walaupun dalam poket kita duit tak banyak pun u all.. rasa macam cukup2 je untuk kita.. tak salah pun kita kongsi benda yang sikit tu u all.. jangan risau, Tuhan akan bagi lagi banyak untuk kita.. Pahala dah tentu.. Iskkk tak bolehla saya nak cerita panjang bab2 ni... mulalah rasa sayu bagai.. 

Ohya, saya bagi satu contoh dekat u all.. apa yang berlaku dekat diri saya sendiri.. bukan nak riak ke nak berlagak ke nak takbur ke.. semua bukan.. cuma nak bagitahu u all yang Tuhan tu maha pengasih, maha penyayang, maha adil... Kita bagi dekat orang seposen, seringgit dia bagi kita balik.. Emmmm u all masih ingat tak, hari tu saya ada buat entry yang saya ada tolong seorang hamba Allah, selesaikan masalah dia dekat cashier TESCO.. makcik tu tak cukup 20sen, & saya hulurkan pertolongan dengan bagi 20 sen tu dekat cashier tu.. *Tiba2 airmata dah bergenang la plak.. tau tak, saya hanya tolong makcik tu dengan hulurkan duit 20sen je u all.. hanya 20 sen... tapi dalam tempoh 2 minggu @ tak sampai sebulan, Tuhan bagi saya rezeki RM200++ @ hampir 300.. Ya Allah... menangis saya ingat apa yang saya dapat.. terlalu banyak berbanding apa yang saya dah bagi... Saya stop entry ni sampai sini.. tak mampu nak hurai panjang2 lagi.. Harap u all paham apa maksud tersirat yang ingin saya sampaikan...
Ya Allah Ya Tuhanku... Kau kuatkanlah semangat MOHAMAD NAZREN BIN AHMAD TAZARI untuk berusaha kembali pulih seperti sediakala.. kau ampunilah dosa beliau & seluruh hambaMu di muka bumi ini. Sesungguhnya hanya kepadaMu aku memohon.

{ 21 comments.. read them below or add one }

JunAina JunAina December 02, 2013
Rezeki yang kita tak tahu Allah akan beri. Kita permudahkan org insyaallah Allah juga akan permudahkan kita.
Unknown Unknown December 02, 2013
janji Allah pada hambanya yang rajin sedekah.. semoga bertambah murah dan berkat rezeki ina lepas ni..
PERMATABIRU PERMATABIRU December 02, 2013
sedekahlah dengan hati yang ikhlas..
IntaNBerliaN IntaNBerliaN December 02, 2013
@permatabiru

Yap betoi.. sedekah dengan hati yang ikhlas tanpa mengharapkan balasan.. Sesungguhnya hanya Tuhan yang tahu or boleh menilai tahap mana keikhlasan kita dalam bersedekah or dalam amal ibadat yang kita lakukan..
Mimie Mimie December 02, 2013
betul tuh kak ina..kalo kita sedekah nilai yg kecik in shaa Allah pulangan yg kita dapat berkali ganda...
nuyui a.k.a miss YUI nuyui a.k.a miss YUI December 02, 2013
kt tlg org inshaaALLAH berlipat ganda balasannya walau kt tak hrp apa2 =)
haryati haryati December 02, 2013
betul tu ina, yg penting hati kita ikhlas...Allah tu Maha Adil... mang akan ada balasan yg kita akan dapat, klu tak didunia mungkin diakhirat
Miss N™ Miss N™ December 02, 2013
bila kita ikhlas..pasti ada balasan dariNYA....insyaAllah..
Kekzamanis Kekzamanis December 03, 2013
Janji Allah itu pasti.. Bersedekahlah dengan hati yang ikhlas, tanpa mengharapkan balasan.. In Shaa Allah, lebih besar ganjaran yang Allah janjikan utk kita.. =)
http://miezashaklee.blogspot.com
Puan Kutu Puan Kutu December 03, 2013
sgt benaran kata2 mak awk ina..yg penting ikhlas..Insyaallah akan ada balasan berganda..kita bukan mitak,Allah akan menilai
aziazib aziazib December 03, 2013
ada kes adik jumpa duit dalam dua ribu, tunggu punya tunggu org tu xde dtg jugak. kat kedai makan. klu tinggalkan kat kedai tu confirm kena rembat pastu dia pi sedekah kat masjid dan guna separuh. dia ikut kata ustaz.

tp mmg betul sedekah akan menambahkan lagi rezeki kita bkn mengurangkan rezeki. klu sedekah pastu fikir betul ke org tu cacat, betul ke nak bina surau baik xyah bagi. sedekah dan xyah fikir betul ke tak org yg mintak sedekah tu. klu x baik sedekah kat maahad tahfiz
Siti Munirah Siti Munirah December 03, 2013
sebenarnye duit yang kita sedekahkah tu lah sebenarnye kite punya

Duit yang kita ingat kita punya (dalam poket/bank) itu sebenarnya hak org lain punya.

besarnya makna sedekah tu sendiri.
Unknown Unknown December 03, 2013
betul kak.. pemberian sedikit tapi ikhlas akan dapat ganjarannya..
Masya Masya December 03, 2013
alhamdulilah niat ikhlas ina tu allah dah balas.. ina dapat sponsor post product yer.. sbb perasan sejak akhir² ni ina update psl barangan org jual pg td psl collagen .. hr tu pasal minyak wangi..
Unknown Unknown December 03, 2013
pasti Allah bls ganjaran tu berlipat ganda jika hati kite ikhlas.. in shaa ALlah.. =)
Sya Sya December 03, 2013
murah rezeki orang yg suka bersedekah.. kadang tak perlu orasng jauh, dengan family sendiri pun jgn kita berkira, Insya Allah murah rezeki kita.
Unknown Unknown December 04, 2013
Jum jana pendapatan USD bersama saya (:

http://mizirinda1412.blogspot.com/2013/12/double-stemcell-phyto-science-jana.html
ayuzan ayuzan December 04, 2013
sedekah tu meluaskan pintu rezki...banyak kisah ayu dengar mengenai hikmah sedekah. dulu kawan ayu selalu pesan. istiqamahlah ayu untuk sedekah.
Unknown Unknown December 04, 2013
setiap rezeki yg kita dapat tu, ada bahagiannya utk org lain kan.
Fiza Rahman Fiza Rahman December 05, 2013
Inilah salah satu cara nak murah rezeki. Kena banyak bersedekah.
QasehnyaRania QasehnyaRania December 06, 2013
alhamdulillah.
sama mcm kisah cikabe su.
rezeki kan.
mmm, mcm tahu je msti dpt sp kan.tahniah :)