Selamat Hari Raya Aidiladha (",)

Hari Ahad ni kita akan sambut Hari Raya Aidiladha.. So, petang ni kami akan balik kampung.. Parit Buntar & Chemor.. U all balik kampung bila?.. Kalau dekat Terengganu, sambutan hari raya haji ni sangat meriah.. memang ramailah yang ambik bahagian untuk buat korban termasuklah family saya di Terengganu.. tiap2 tahun mesti ambik bahagian...

Tapi apabila kami dah berpindah ke Perak.. suasana dia dah lain.. Hari raya haji takda apa sangat pun.. siap ada yang duduk berkurung dalam rumah lagi.. hihii Tak best..! Saya teringin sangat untuk menyambut raya haji di Terengganu.. Saya nak Alisha dapat sama2 merasai erti hari raya haji & merasai kemeriahan raya haji tersebut...

Dulu ketika belum kahwin, saya pernahlah balik Terengganu untuk ambik bahagian dalam korban tersebut.. Ohya, kalau di Terengganu, raya haji memang dalam peti ais berlambak2 daging korban.. semua pakat hantar dekat rumah.. tapi dekat perak takda pulak sebanyak ketika saya berada di Terengganu.. Memang berbeza sambutan dia...

Bagi saya sambutan raya haji & raya puasa di terengganu kedua2nya sama2 meriah!! tapi disini.. raya puasa baru terasa kemeriahannya.. Kalau di Terengganu, lepas solat aidiladha, semua orang sibuk buat persiapan untuk melakukan penyembelihan.. Tapi di sini pulak, lepas solat aidiladha.. orang balik tengok tv.. macam ketika saya raya haji dekat kampung my dear tahun lepas.. hihii.. Balik solat aidiladha tengok tv.. tengahari baru keluar berjalan.. ziarah saudara mara..

Apa2 pun, raya haji saya tetap suka beraya di TERENGGANU.. & dah tentulah lebih meriah jika dapat beraya bersama2 MY DEAR & ALISHA... hihii.. Saya jugak bersyukur sebab saya diberi kesempatan untuk merasai suasana di kedua2 tempat ini (",)

Ohya, ini hanyalah berdasarkan pengalaman saya beraya.. pengalaman u all mungkin berbeza.. maybe u all beraya di perak lebih meriah & beraya di Terengganu takda apa2.. (",)

Lastly, saya nak ucapkan "SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA".. Hati2 balik kampung... (",)


{ 19 comments.. read them below or add one }

eB ezrin eB ezrin November 04, 2011
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA dari kami yer :)
ArulchelseA ArulchelseA November 04, 2011
selamt hari raya jugak...
Puan Kutu Puan Kutu November 04, 2011
areapantai tumur memang meriah hari raya hajinya kan?

zaman skang bukan raya haji saja, raya puasa pun dah tak semeriah dulu..:)
Mrs Lurve Mrs Lurve November 04, 2011
salam aidiladha jgk dr Indah Itu...Kamu
Munnafendy Munnafendy November 04, 2011
slmt hari raya aldiladha =)

sama la kite beraya di perak hehe
shaFazie shaFazie November 04, 2011
Selamat Hari raya adha bt akak sekeluarga :D
~diAhOntHeblOg~ ~diAhOntHeblOg~ November 04, 2011
Slmt Hari Raya Aidiladha..same la..sy suke je braye di Subang tetap meriah cm kt kg..
mamaNoriz mamaNoriz November 04, 2011
tempat saya di johor dua-dua ada...

ada yg tgok tv dan ada yg sembelih lembu...hahahah

salam adiladha...jln baik2..
mama fieda mama fieda November 04, 2011
btul tu ina mmg kt tganu sambutan raya korban sama meriah cam raya pose..kat ktn dh tak meriah mcm dulu2..skrg dh sama mcm kl jugak..balik jer solat terus mengadap depan tv..tu jer la...

selamat bercuti ina..nanti jumpe semula ye..miss u..
mama_umar_maryam mama_umar_maryam November 05, 2011
slmt raye haji jugak..raye haji kt bangi nipon bese2 jer, meriah dgn org korban,pastu masak,mkn rmi2 ;)
Che'gu Anuar Che'gu Anuar November 05, 2011
Selamat Haghi Ghaya Aidiladha.. Jemputla dtg ghumah.. -)
✿ Myra ✿ ✿ Myra ✿ November 06, 2011
selamat hari raya aidil adha! moga selamat perjalanan hari raya. >_<
LadyBird LadyBird November 06, 2011
selamat hari raya..
kenapa x balik raya di trg..
Asnie Asnie November 07, 2011
selamt hari raye Aidiladha ea...
Ros Ros November 08, 2011
Salam IntanBerlian,

Kat kanpung Kak Ros pun meriah jugak sambutan dia..lepas ja sembahyang,pakat kalut dah dok sembelih lembu..Selamat hari raya Aidil Adha dari Kak Ros.
Nisa Greennnpanda Nisa Greennnpanda November 08, 2011
Wah, syok eh braye kat T'ganu.. ^_^

btw, Slamat Ari raye aidil adha~!!
tiefazatie tiefazatie November 10, 2011
salam aidiladha sis..=)
Mrs. A Mrs. A October 02, 2014
Salam kenal & salam Aidiladha. Singgah sini