Adussss tajuk pun buat malu jer.. hahahaa.. Mahunya tak, dah kahwin pun, nama2 ikan tak kenai lagi.. setakat ikan kembung, ikan kerisi, ikan ayer, ikan sardin & beberapa jenis ikan yang biasa makan tu kenailah.. Tiba2 datang pulak ikan nyok-nyok.. adusss mula2 nak tergelak pun ada.. hahhah my dear balik rumah cakap dia beli ikan nyok2.. saya ingat ke ikan nyanyuk.. muahhahhahhah
Pernah zaman anak dara, mak saya suruh beli ikan kerisi.. saya pergilah dekat tempat jual ikan dekat pasar malam.. saya tanya tukang jual ikan tu.. "Dalam banyak2 ikan yang ada atas meja ni, ada tak ikan kerisi?".. hahhaa tokei ikan tu mesti bantai gelak giler2 bila saya dah blah dari situ kan.. hahahaaaaaa.. kesiannya lah saya dekat diri sendiri ni haaaaa.. buat malu kaum je...
U all kenai ke nama2 ikan ni ek?.. Ikan laut yang masak hari2 tu saya kenailah sikit2 tapi kalau datang pulak ikan sungai yang jarang2 makan.. lebih lah lagi.. dan2 tu jugak rasa nak buat masuk kepala dalam baju.. hahahaaa
Ikan yang cantik beria bagai warna dia ni.. lagi la hampeh... Sekadar cakap "Cantiknya ikan tu.. warna warni".. bolehla.. nak sebut nama ikan...?? memang tak ler.. hihii